Peminat kasut sniker menggila di konvensyen Asia Tenggara, himpun jenama ternama
Pengguna Berdaftar
Peminat kasut sniker menggila di konvensyen Asia Tenggara, himpun jenama ternama
Seramai 18,000 hadir di konvensyen ‘Sneaker Con SEA 2025’, dengan penampilan pereka kasut ternama dari Amerika Syarikat, pempengaruh Jepun
Feb 24, 2025 | 3:54 PM
Peminat tegar kasut di konvensyen,‘Sneaker Con SEA 2025’, yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, bersorak ketika pereka kasut ternama Amerika Syarikat, Steven Smith, serta pempengaruh Jepun, Rae Lil Black, tampil di pentas semasa sesi bertemu peminat pada 22 Februari. - Foto ST
Hari pertama konvensyen, Sneaker Con SEA 2025, di Singapura mewujudkan suasana penuh keterujaan, apabila peminat kasut bersorak ketika pereka kasut ternama Amerika Syarikat, Steven Smith, serta pempengaruh Jepun, Rae Lil Black, tampil di pentas semasa sesi bertemu peminat pada 22 Februari.
Konvensyen yang memasuki edisi ketiga itu berlangsung dari 22 Februari hingga 23 Februari, dari 11 pagi hingga 9 malam, menarik seramai 18,000 pengunjung sepanjang dua hari itu, lapor The Straits Times.
Laporan berkaitan
Inspirasi fesyen pakaian sopan jelang musim perayaanJan 27, 2025 | 4:20 PM
Kasut ‘sneaker’ putih pilihan terbaik 2024Sep 22, 2024 | 8:00 PM

