Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pempengaruh Puteri Zarith nafi rumah tangga retak kerana rapat dengan selebriti

Dec 12, 2023 | 10:03 AM



KUALA LUMPUR: Pergaulan rapat dengan ramai golongan selebriti bukanlah punca rumah tangga usahawan dan pempengaruh media sosial, Puteri Zarith, berantakan.


Malah, Puteri Zarith menafikan keakraban dengan seorang pelakon menjadi punca hubungan dengan suami, Dr Munzir Shkori, goyah.

Puteri Zarith berkata proses perceraian masih lagi berjalan dan sudah tujuh bulan tinggal berasingan, namun masih berstatus isteri kepada Dr Munzir.

“Dia masih lagi suami saya kerana belum lafaz cerai. Perceraian kami masih dalam perbicaraan, jadi saya tak boleh berikan komen lanjut dan terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Saya akui tidak lagi tinggal sebumbung sejak tujuh bulan lalu. Saya mohon doakan terbaik untuk kami.

“Apa yang penting, emosi anak-anak. Mereka sudah besar dan pandai membaca, jadi saya tak mahu hati mereka terusik jika ternampak kisah kami dalam media sosial,” katanya.

Puteri Zarith ditemui pada sidang media pelancaran produk minuman pembakar lemak, The Teh Tarix dan The Matcha, selain turut memperkenalkan jenama baharu, PZ yang bergerak solo tanpa kolaborasi bersama selebriti, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Puteri Zarith tidak menyalahkan tanggapan segelintir netizen yang mendakwa perceraiannya berpunca daripada pergaulan dengan golongan selebriti.

Kata Puteri Zarith, masyarakat boleh membuat sebarang spekulasi hanya melihat kepada luaran semata-mata.

“Tak dinafikan, dari segi luaran orang boleh nampak hubungan saya dengan rakan-rakan artis sangat rapat.

“Mungkin suami seorang doktor dan lebih pendiam, manakala saya pula nampak lebih bersosial. Jadi, netizen menuding jari dan letakkan kesalahan kepada saya.

“Saya tidak salahkan netizen, namun mereka tidak berada di tempat saya dan tidak tahu keadaan sebenar. Apa yang berlaku hanya saya, suami dan keluarga sahaja yang tahu,” jelasnya.

Pada Mei lalu, Puteri Zarith mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap Dr Munzir dan keputusan dibuat selepas melalui proses perbincangan secara harmoni dan baik.

Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish dan Puteri Medina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >