Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pempengaruh TikTok tawan hati dengan seruling

Eman Zikri juga kongsi kemahiran lukis mural dan ‘beatboxing’
Jun 09, 2023 | 12:58 PM



Alunan seruling merdu yang dimainkan pemuda kelahiran Terengganu ini amat menyentuh hati.

Dengan tiupan lagu popular Hindustan, Humko Humise Chura Lo dari filem Mohabbatein, Eman Zikri ternyata mampu membuatkan ramai hadirin meremang bulu roma sebaik melangkah kaki ke acara privet hiburan dan jamuan di Iris Ballroom@City Plaza anjuran MakMok Productions baru-baru ini.


Eman bermula sebagai pelukis mural di dinding secara profesional sejak berusia 17 tahun lagi dan penggemar beatboxing. Seni beatboxing ini merupakan seni yang mampu menghasilkan bunyi-bunyian, contohnya bunyi dram, namun hanya dengan menggunakan mulut, bibir, lidah dan suara.


Seni ini berkait rapat dengan genre hip-hop dan lebih popular dalam kalangan pemuzik Barat.


Eman, 23 tahun, juga merupakan pempengaruh di media sosial dan mempunyai lebih 29 ribu pengikut di laman TikTok dan hampir 10 ribu di Instagram pula. 

Pada awalnya, beliau mempelajari alat muzik menggunakan seruling bambu melalui YouTube. Namun kini, beliau sudah pun mempunyai guru yang mengajarnya secara tetap.

“Saya bermula dengan menjadi pelukis mural kerana memang minat dengan membuat lukisan sejak kecil lagi.

Kemudian saya terdedah pula kepada seni beatboxing dan akhirnya jatuh cinta dengan irama merdu bunyian daripada seruling.


“Ketika sedang melukis mural, secara tidak sengaja saya telah terdengar alunan seruling yang amat syahdu. Bermula dari situ saya terus berminat untuk mendalami permainan seruling ini.

“Saya mula belajar seruling terlebih dahulu secara dalam talian melalui wadah YouTube selama tiga bulan dan kini sudah pun mempunyai guru profesional yang mengajar saya secara formal, iaitu Cikgu Aiman Raduan.

“Kemudian pada 2021 sehingga kini, saya aktif meniup seruling dan membuat persembahan busking atau seniman jalanan serta mendapat undangan untuk acara-acara tertentu,” kata Eman, yang menggunakan seruling buatan Malaysia dan China serta masih tetap aktif melukis mural pada waktu lapangnya.


Walaupun masih baru dalam bidang tiupan seruling ini, namun Eman berhasrat memperluaskan seni ini kepada generasi muda dan tidak menolak ingin melanjutkan pengetahuannya dalam bidang muzik.

“Tidak kenal maka tak cinta. Saya ingin mengetengahkan dan terus mewujudkan kesedaran tentang kesyahduan irama serulung ini.

“Memang jarang kita dengar orang buat kelas untuk mengajar seruling, tetapi bagi saya muzik ini sangat indah dan banyak lagu-lagu Melayu yang masih menggunakan irama seruling sebagai instrumen atau bunyian tambahan dalam lagu mereka. 

“Ketika saya meniup seruling secara live di TikTok, ramai pengikut saya yang suka mendengar dan ramai juga pengikut saya ini dari Singapura.


“Ramai memberikan maklum balas sangat memberangsangkan apabila mendengar alunan seruling ini. Ini yang membuatkan saya ingin terus berkarya dengan menggunakan seruling,” tambah Eman. 

Antara pengikut Eman dari Singapura yang telah menghadiri acara itu adalah Cik Syahirah Mohd, 30 tahun. 

Menurut Cik Syahirah, beliau mengenali Eman secara tidak sengaja dalam TikTok dan telah mengikuti perkembangan beliau sehingga ke hari ini. Baginya, alunan seruling yang Eman tiup sungguh lunak dan ‘berbisa’.

“Kita dapat melihat Eman meniup seruling dengan penuh emosi dan kesyahduannya terus jatuh ke hati.

“Memang jarang kita lihat anak muda mencintai instrumen sebegini, tapi yang nyata, Eman berani menampilkan sesuatu yang unik dan persembahan beliau tidak pernah mengecewakan dan menghampakan pengikutnya. Eman memang berbakat,” ujar Cik Syahirah dengan senyuman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >