Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah M’sia Michael Ang serik bagi pinjam wang

Aug 11, 2025 | 3:52 PM
Pengarah sensasi Malaysia, Michael Ang, mengaku sudah serik meminjamkan wang kepada orang lain.
Pengarah sensasi Malaysia, Michael Ang, mengaku sudah serik meminjamkan wang kepada orang lain. - Foto INSTAGRAM MICHAEL ANG

KUALA LUMPUR: Pengarah sensasi Malaysia, Michael Ang, mengaku sudah serik meminjamkan wang kepada orang lain.

Michael mendakwa menjadi mangsa ramai individu termasuk rakan-rakan yang enggan membayar hutang. Justeru, Michael enggan lagi berlembut hati, lapor Berita Harian Malaysia.

“Jangan hubungi saya kalau hendak pinjam duit. Saya takkan bagi orang pinjam.

“Sudah banyak kali saya bagi pinjam duit, tetapi ramai yang tidak bayar hutang. Kalau saya beritahu siapa beliau, orang akan terkejut.

“Kalau takut dosa, bayarlah. Tetapi kalau ada masalah, ada cara untuk hubungi saya. Boleh telefon atau mesej. Sekurang-kurangnya saya faham. Kalau beliau cakap beliau tiada duit, saya pun faham.

“Tetapi bila kata tiada duit, dalam media sosial, tengok macam berseronok. Sakit hati apabila tengok. Tetapi, kita tahu, dalam media sosial bukan boleh percaya pun,” katanya pada sidang media drama Kerana Seorang Lelaki di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, melalui media sosial, Michael mendedahkan sikap seorang jurugaya terkenal yang didakwa lari daripada membayar hutang yang dipinjam daripadanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Michael berkata selepas kira-kira sembilan tahun berdiam diri, beliau memilih bersuara selepas amaran tidak diendahkan.

“Saya sudah malas, saya tidak halalkan. Tetapi, bagi saya, kalau beliau kata ada usaha hendak bayar, saya tunggulah.

“Tetapi, tidak sampai dua minit saya kongsi hantaran itu, beliau hubungi saya. Beliau tanya mengapa saya muat naik kiriman itu,” katanya.

Tidak cukup itu, Michael juga mendakwa ada individu berhutang dengannya mencecah ratusan ribu ringgit, namun hilang tanpa khabar berita.

“Kalau saya kejar beliau pun, saya tahu beliau tiada duit. Kalau saya suruh orang cari pun tiada gunanya. Saya tak mahu perkara ini menjadi isu pada kemudian hari. Jadi pandai pinjam, pandailah bayar,” katanya.

Michael berkata, perkongsiannya bukanlah mahu menunjukkan beliau berhati mulia. Namun apa yang dikesalkan adalah sahabat yang dikenali lama sanggup melakukan perkara itu terhadapnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg