Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengeluar kereta EV Eropah hadapi tekanan saingan China

Sep 7, 2023 | 6:00 AM
TEMBUSI PASARAN: Pengeluar kereta asal China BYD mempamerkan pelbagai model EV baru di pameran Munich Auto Show IAA Mobility, di Munich, Jerman.
TEMBUSI PASARAN: Pengeluar kereta asal China BYD mempamerkan pelbagai model EV baru di pameran Munich Auto Show IAA Mobility, di Munich, Jerman. - Foto REUTERS

MUNICH: Pembuat kereta Eropah menghadapi cabaran mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) kos rendah dan mengatasi peneraju China dalam membangunkan model yang lebih murah dan mesra pengguna, kata eksekutif di pameran Munich Auto Show IAA Mobility.

“Kami perlu merapatkan jurang kos dengan beberapa pengeluar China yang memulakan perjalanan EV lebih awal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Renault Encik Luca de Meo ketika ditemui di pameran kereta itu.

Beliau menambah apabila kos pengeluaran menurun, harga kenderaan itu juga akan turun.

Encik De Meo berkata sebahagian usaha pembuat kereta Perancis merapatkan jurang harga harga dengan China, adalah dengan memperkenalkan model EV R5 pada tahun depan dengan harga 25 peratus hingga 30 peratus lebih murah berbanding daripada model Scenic dan Megane elektriknya.

Pembuat EV China, termasuk BYD, Nio dan Xpeng semuanya menyasarkan pasaran EV Eropah, di mana jualan melonjak hampir 55 peratus kepada kira-kira 820,000 kenderaan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2023, membentuk kira-kira 13 peratus daripada semua jualan kereta.

Syarikat Xpeng pula merancang berkembang ke lebih banyak pasaran Eropah pada 2024, manakala Zhejiang Leapmotor Technology mengumumkan lima model untuk pasaran luar negara, termasuk Eropah, dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menurut firma perundingan auto, Inovev, 8 peratus daripada EV baru yang dijual di Eropah setakat tahun ini dibuat oleh jenama China, meningkat daripada 6 peratus tahun lalu dan 4 peratus pada 2021.

Kira-kira 41 peratus pembuat kereta yang hadir di acara Munich tahun ini beribu pejabat di Asia, dengan dua kali ganda bilangan peserta syarikat China, termasuk BYD, Xpeng dan pembuat bateri CATL. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg