Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengurus ingin Sophia jelaskan sendiri dakwaan masih hubungi Aliff

Apr 30, 2024 | 2:20 PM
Pengurus pelakon, Sophia Albarakbah, mahu selebriti itu menjelaskan sendiri duduk perkara sebenar tentang hubungannya dengan Aliff Aziz, dan bukan menerusi kenyataan pihak pengurusan.
Pengurus pelakon, Sophia Albarakbah, mahu selebriti itu menjelaskan sendiri duduk perkara sebenar tentang hubungannya dengan Aliff Aziz, dan bukan menerusi kenyataan pihak pengurusan. - Foto INSTAGRAM SOPHIA ALBARAKBAH

Pengurus pelakon Sophia Albarakbah, iaitu Nik Yasmin, meminta semua pihak agar menunggu artis itu membuat kenyataan berhubung dakwaan dirinya masih menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz.

Nik Yasmin berkata, pihaknya tidak boleh membuat kenyataan kerana ia membabitkan kisah peribadi Sophia.

“Kita tunggu dia cakap sendiri. Saya tidak mahu salah cakap. Saya hanya menguruskan kerjayanya. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya Sophia.

“Kalau boleh, kita tunggu Sophia sendiri beri kenyataan. Saya tidak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya tidak mahu beri kenyataan ‘mengundang’. Saya tidak mahu perkara ini jadi lebih besar dan orang marah Sophia.

“Saya tahu perkara yang berlaku. Sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan perkara itu. Sudah tentu kami ada berbincang dengan Sophia kerana ketika kejadian itu, kami bersamanya,” kata Nik Yasmin sewaktu ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada majlis sambutan Hari Raya sempena tayangan filem, Harimau Malaya dan Terkutuk, di sebuah hotel pada 29 April.

Bagaimanapun, Sophia tidak hadir pada majlis itu.

Menurut Nik Yasmin, Sophia tidak hadir kerana menghadiri kelas bahasa Jepun sebagai persediaan bagi penggambaran musim kedua drama, From Saga With Love.

Sebelum ini, Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff, mendedahkan Sophia konon masih menjalin hubungan dengan artis kelahiran Singapura itu.

Sophia dan Aliff digandingkan dalam drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sejak itu, timbul desas-desus Sophia dikatakan menjadi ‘orang ketiga’ dalam hubungan Aliff dengan isterinya, Bella Astillah sehingga Aliff menetapkan tidak akan bekerjasama dengan Sophia dalam projek seni akan datang demi menjaga hati isterinya.

Hai, tak tahu apa nak kata apabila kisah Aliff semakin berkembang dengan watak tambahan pula!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg