Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wanita dakwa kekasih Aliff Aziz, kecewa ‘diperlakukan seperti Bella’

Apr 22, 2024 | 05:56 PM



Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi menjadi topik bualan ramai setelah seorang wanita tampil mendakwa dirinya sebagai kekasih Aliff.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah pelakon itu bergelut dengan proses cerai bersama isterinya, Bella Astillah, menyusuli kes tangkap khalwat dengan pelakon, Ruhainies.

Menerusi satu hantaran Instagram, wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan bahawa beliau telah menjalinkan hubungan dengan pelakon tersebut sejak awal Januari.

Beliau turut menyelitkan klip video mesra bapa dua anak itu bersamanya.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024.

“Memang kedengaran agak mengejutkan semua pihak tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan dengan lebih lanjut,” akui Sarah dalam hantaran Instagram di akaun sarahyasminekh.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa apa yang berlaku sememangnya salah, namun tidak wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada Aliff seorang sahaja, merujuk kepada konflik rumah tangga yang membelenggu Aliff menyusuli kes tangkap khalwat pada 9 Mac.

Menurut wanita tersebut, niatnya bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan dan hanya ingin menerangkan situasi sebenar.

Membentangkan kronologi hubungannya dengan Aliff, Sarah mendakwa beliau mula rapat dengan pelakon itu apabila Aliff kerap mengadu tentang masalah hubungannya dengan Bella yang kian keruh.

Aliff dikatakan kerap meminta sokongan moral daripada Sarah.

Hubungan mereka menjadi semakin akrab, dan pada Februari, mereka merancang untuk berjumpa di Malaysia.

Daripada akaun Instagramnya, difahamkan Sarah berasal dari Singapura dan bertugas di Malaysia.

Sarah sendiri membuat pengakuan bahawa dirinya terkejut apablia mendapat berita tentang kes khalwat Aliff kerana Aliff sepatutnya berjumpa dengan beliau pada malam kejadian itu berlaku tetapi sebaliknya mendiamkan diri.

Pada awalnya, beliau masih mempercayai apa yang dijelaskan Aliff dan “masih meneruskan hubungan cinta” mereka.

Beliau kemudian mendedahkan bahawa Aliff menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang menghabiskan penggambaran drama Terjerat.


Dari situlah beliau mendapat tahu tentang hubungan Aliff dengan seorang yang bernama ‘NRF’, dipercayai pelakon Ruhainies setelah membaca perbualan WhatsApp mereka.

“Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya... hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz,” luahnya.

Beliau kemudiannya mendakwa bahawa NRF (Ruhainies) merancang membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.

Setelah berhubung dengan Ruhainies, Sarah berkata pelakon itu memberitahu akan mengundurkan diri tetapi tidak berbuat seperti yang dikatakan.

“Saya rasa tertipu dan kecewa kerana saya turut diperlakukan seperti Bella,” ujarnya.

Sarah kemudiannya memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan yang dibuatnya dan mengakui beliau “juga manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan”.

Dalam masa yang sama, Sarah mendakwa Bella tahu tentang kewujudannya, dan meminta maaf kepadanya.

Bagaimanapun, sebuah portal hiburan di Malaysia melaporkan ibu Bella, Siti Zarina Astillah, menyatakan bahawa anaknya tidak tahu-menahu mengenai kewujudan wanita itu kerana sibuk menjalani penggambaran.







Dalam pada itu, ibu Aliff, Cik Siti Hafiza Basharahil, telah menyahaktifkan akaun Instagram beliau menyusuli kontroversi berbaur kecurangan anaknya itu.

Konflik rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >