Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tiada masa nak lepak, keluh usahawan fesyen, pempengaruh media sosial

Dec 20, 2023 | 05:30 AM



Kaum ibu terutama yang mempunyai anak kecil dan mendapati diri mereka kurang menikmati kehidupan sosial, sebenarnya tidak sendirian.

Usahawan fesyen dan pempengaruh Singapura, Cik Drea Chong, menerusi satu siaran di Instagram, berbincang secara terbuka sebab mengapa ibu muda yang mempunyai anak kecil seperti beliau, tidak lagi dapat bersosial seperti dulu.

Wanita berusia 32 tahun itu, mempunyai dua anak lelaki, Ezra, yang hampir tiga tahun, dan Elia, setahun, hasil perkahwinannya dengan suaminya, Encik Imran Rahim.

Sebenarnya, bagi kebanyakan ibu, adalah sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk bertemu rakan yang tidak mempunyai anak, waimah mereka yang mempunyai anak sekalipun.

Dalam hantaran di Instagram, Cik Chong berkata:

“Anda mungkin boleh melepak dengan rakan bujang tetapi mereka tidak mahu melepak dengan anda dari 7 pagi hingga 9 pagi.

“Anda tidak boleh melepak dengan rakan bujang dari 12 tengah hari hingga 2 petang kerana itu adalah waktu tidur siang mereka.

“Dan anda tidak boleh melepak dengan mereka dari 7 malam hingga 9 malam kerana itu adalah waktu tidur anak anda.”

Dan membawa anak-anak bersama bukanlah pilihan.

“Pada hujung minggu, mereka lebih suka pergi ke pusat senam seperti Cru Cycle daripada pergi ke Taman Bunga bersama anak-anak anda,” kata Cik Chong.

Jadi… bagaimana dengan rakan-rakan ibu? Ternyata, ia tidak semudah itu juga.

Beliau menyambung, “Sekarang rakan-rakan bujang tidak hadir, mari kita bercakap tentang ibu.

“Melepak pada hari bekerja bukan satu pilihan kerana, apabila kami pulang dari kerja, kami sangat letih. Dan mungkin salah seorang anak kami mengalami gangguan tidur.”

Di hujung minggu pula, beliau menambah, kaum ibu juga meluangkan masa memenuhi pesta hari jadi, masa bersama datuk dan nenek, kelas renang dan bermacam kelas lagi.

“Dan kemudian anda juga perlu mengendalikan rakan ibu yang anda mahu bergaul.

“Contohnya jika anda menemui sebuah keluarga yang anda sangat suka, adakah anda akan bertemu setiap minggu? Adakah permintaan untuk bertemu itu secara kerap keterlaluan?

“Jika anda mempunyai dua orang anak, anda perlu bergaul dengan keluarga yang juga ada dua kanak-kanak, keluarga satu anak mempunyai kehidupan yang lebih teratur, jadi adakah anda bergaul dengan keluarga satu anak atau keluarga dua anak?

Beliau membuat kesimpulan, “Jadi itu sahaja. Saya hanya akan bergaul dengan anak-anak lelaki saya sehingga mereka berumur 15 tahun dan mereka tidak mahukan saya lagi, dan itu sahaja.”

Siaran beliau di IG mendapat banyak perhatian daripada kaum ibu dan pengikut yang lain, dengan komen seperti, “Saya juga rasa begitu!”, dan “Itu juga seperti kisah hidup saya”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >