Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyakit batuk kering: Haruskah saya bimbang?

Jan 15, 2024 | 05:30 AM



Kementerian Kesihatan (MOH) kini sedang menjalankan saringan batuk kering (TB) mandatori bagi penduduk dan pekerja di Blok 1 dan 3 Jalan Bukit Merah, Pasar Brickworks ABC dan Pusat Makanan serta Pusat Kegiatan Warga Emas Thong Kheng @ Queenstown.

Sebanyak 10 kes batuk kering baharu di negara ini telah dikesan sebagai sebahagian daripada kluster Jalan Bukit Merah yang pertama kali muncul pada 2022. Secara keseluruhan, kluster itu kini mempunyai 28 kes.

Saringan sukarela juga akan ditawarkan kepada kumpulan lain, termasuk pengunjung yang kerap ke Blok 1, 2 dan 3 Jalan Bukit Merah serta pasar dan pusat makanan.

Kira-kira 3,000 individu dijangka mengambil bahagian dalam saringan itu, yang diadakan untuk mengenal pasti sebarang kes aktif yang tidak dapat dikesan dan mencegah penularan selanjutnya.

Kami menjawab beberapa soalan mengenai penyakit batuk kering.

S: Adakah saringan ini bermakna TB
telah menular semula di Singapura?


J: TB dianggap endemik di Singapura. Walaupun kes TB aktif telah merosot, terdapat kes baharu setiap tahun. Terdapat kira-kira 1,200 kes TB aktif baharu di Singapura pada 2022.


Jangkitan TB yang tidak aktif bukanlah sesuatu yang luar biasa di sini. Risiko jangkitan meningkat dengan usia seseorang, contohnya risiko jangkitan ialah 2 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 18-29 tahun, dan 29 peratus bagi mereka yang berumur 70-79 tahun.

S: Apakah perbezaan antara jangkitan
TB tidak aktif dengan penyakit TB aktif?


J: Seseorang yang menghidap penyakit TB aktif boleh menjangkiti orang lain dan mungkin mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam berterusan, berpeluh malam, berat badan merosot, sering letih, sakit dada dan bagi sesetengah kes, darah di dalam kahak.


Pesakit sedemikian perlu dirawat dengan segera. Penyakit ini juga boleh menjadi lebih sukar untuk dirawat jika seseorang menunggu terlalu lama dan bakteria TB mula menyerang lebih banyak bahagian badan, menurut MOH.

Seseorang yang mempunyai jangkitan TB tidak aktif dan tidak mempunyai gejala, tidak boleh menjangkiti orang lain kerana bakteria TB kekal tidak aktif di dalam badan.

Bagaimanapun penyakit ini boleh diaktifkan beberapa bulan atau bahkan bertahun-tahun kemudian disebabkan oleh sistem imun yang lemah, keadaan perubatan tertentu atau faktor-faktor lain.

S: Saya telah pulih selepas rawatan.
Bolehkah saya dijangkiti semula?


J: Kemungkinan untuk dijangkiti semula tetap ada, namun ia sangat rendah.


Lebih 95 peratus daripada mereka yang menyempurnakan rawatan untuk penyakit TB aktif berjaya pulih. Terdapat 5 peratus kemungkinan ia berulang, tetapi ini boleh berlaku beberapa tahun lagi.

Terdapat vaksin TB yang diberikan semasa lahir dikenali sebagai Bacillus Calmette-Guerin atau BCG yang berkesan dalam mencegah bentuk TB yang serius seperti TB yang menyasarkan lapisan otak pada kanak-kanak kecil, tetapi ia tidak melindungi daripada TB paru-paru apabila dewasa.

S: Bolehkah saya dijangkiti TB
jika berjabat tangan penghidap TB?


J: Tidak. TB tidak merebak dengan bersalaman atau berjabat tangan, ciuman, menyentuh linen katil atau tempat mangkuk tandas.


S: Adakah memakai pelitup dapat bantu
lindungi diri daripada mendapat TB?


J: Secara umumnya, individu yang kerap memakai pelitup untuk perlindungan daripada Covid-19 atau penyakit pernafasan lain boleh berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >