Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

MOH akan kaji semula peraturan kawal selia bank darah tali pusat: Janil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH akan kaji semula peraturan kawal selia bank darah tali pusat: Janil

Jan 10, 2024 | 05:52 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengkaji semula keperluan kawal selia di bawah Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan (HCSA) dan Peraturan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (Perkhidmatan Perbankan Darah Tali Pusat), termasuk kekerapan pemeriksaan dan aspek pemeriksaan lain serta keperluan pemantauan dan pelaporan.

Ini berikutan insiden yang melibatkan bank darah tali pusat berlesen Cordlife Group Limited (CGL) pada November 2023.

Pada 30 November 2023, MOH mendedahkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa bank darah tali pusat privet itu telah mendedahkan tujuh daripada 22 tangkinya yang menyimpan unit darah tali pusat (CBU) kepada suhu tidak optimal pada tempoh berbeza, sejak November 2020.


Menurut laporan akhbar The Straits Times yang menukil piawaian akreditasi antarabangsa, CBU perlu diangkut dalam penghantar kering yang disejukkan nitrogen yang boleh mengekalkan suhu -150 darjah Celsius atau lebih sejuk. Suhu tersebut perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 48 jam melebihi jangkaan masa ketibaan di kemudahan penerima.


Keutamaan penyeliaan MOH kini ialah untuk Cordlife memperbetulkan kelemahan mereka, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, ketika menjawab soalan Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) di Parlimen pada 10 Januari.

Encik Janil berkata, semua bank darah tali pusat di Singapura kini tertakluk kepada pemeriksaan berjadual setiap dua tahun untuk menilai pematuhan mereka terhadap keperluan kawal selia di bawah HCSA.

Namun, beliau menambah bahawa kajian semula peraturan itu tidak harus menambah kos perniagaan dan beban kawal selia, dan seboleh-bolehnya mengambil pendekatan berasaskan risiko.

Encik Janil turut berkongsi bahawa ramai pelanggan Cordlife telah menghubungi MOH untuk mendapatkan bantuan selepas insiden melibatkan Cordlife itu didedahkan.

Kebanyakan daripada pelanggan tersebut mahu Cordlife membetulkan kelemahan mereka dan ini akan menjadi keutamaan penyeliaan MOH walaupun siasatan sedang dijalankan.

“MOH juga telah menerima pertanyaan tentang pemindahan darah tali pusat kanak-kanak mereka kepada bank darah tali pusat lain. Kami telah menghubungi pembekal lain yang bersedia untuk membantu.

“MOH telah menasihatkan agar pelanggan menunggu penyiasatan selesai dalam masa beberapa minggu sebelum memutuskan sama ada untuk memindahkan darah tali pusat kanak-kanak mereka kepada bank darah tali pusat lain. Terdapat risiko ketika memindahkan darah tali pusat pada suhu rendah dan ia adalah tugas yang kompleks,” jelas Encik Janil.

Bank darah tali pusat lain di Singapura ialah StemCord, Cryoviva Singapore dan Bank Darah Tali Pusat Singapura (SCBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >