Penyakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan wanita di Singapura, menyumbang kepada kira-kira satu daripada tiga kematian.

Berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan pada 2023, penyakit jantung jenis iskemia adalah punca ketiga kematian di negara ini, merangkumi 19.7 peratus daripada jumlah kematian.