Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Dina Mariana meninggal dunia

Nov 4, 2024 | 7:11 PM
Pelakon dan penyanyi era 1970-an dan 1980-an, Dina Mariana Heuvelman, meninggal dunia kerana barah dinding rahim pada 3 Oktober.
Pelakon dan penyanyi era 1970-an dan 1980-an, Dina Mariana Heuvelman, meninggal dunia kerana barah dinding rahim pada 3 Oktober. - Foto INSTAGRAM DINA MARIANA

Penyanyi dan pelakon Indonesia era 1970-an dan 1980-an, Dina Mariana Heuvelman, meninggal dunia pada 3 November kerana barah dinding rahim.

Menjelaskan mengenai pemergian Dina yang berusia 59 tahun, rakan artis, Dewi Irawan, mengesahkan perkara itu kepada laman Kompas, sambil berkata:

“Dina meninggal di Rumah Sakit Siloam Semanggi, Jakarta Selatan. Beliau meninggal dengan tenang.

“Kami rakan artisnya turut berdukacita mendengar berita pemergiannya pada 2.41 petang (Waktu Indonesia Barat).”

Penyanyi lagu terkenal era 1980-an, Jejaka, itu dikesan menghidap barah pada 2021.

Awalnya, barahnya sempat pulih selama beberapa tahun tetapi kembali mengganas sekitar awal 2024.

Dina memulakan kerjayanya dalam dunia muzik sebagai penyanyi cilik pada era 1970-an bersama rakannya yang cukup ikonik, Adi Bing Slamet, Ira Maya Sopha dan Diana Papilaya.

Keberhasilannya sebagai penyanyi cilik membuatnya tetap diingati meskipun pada 1980-an, beliau beralih pula sebagai pemuzik remaja dengan lagu, Ingat Kamu, menjadi siulan ramai.

Sebanyak 35 album diterbitkan Dina, menjadikannya bintang Indonesia paling berdaya penghasilan tinggi ketika itu.

Album terakhir Dina sebagai kanak-kanak menampilkan lagu, Jalan Menuju Allah, yang dicipta AT Mahmud.

Selain muzik, beliau juga membintangi 21 filem dan beberapa sinetron seperti, Pencopet Cinta dan Kurindu Jiwaku.

Dalam kehidupan peribadinya, Dina bernikah dengan Radian Ratulangi Sugandi selama 34 tahun.

Mereka bertemu ketika sama-sama mempelajari bahasa Jerman dengan Radian pernah juga melanjutkan pengajiannya di Jerman.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak, pemuzik yang pernah menjadi anggota band HIVI!, Ezra Mandira Sugandi, Ewaldo Andipo Sugandi dan Elyshia Nashira Ramandina Sugandi.

Dina sering menekankan pentingnya keluarga dalam hidupnya meskipun sibuk berseni.

Rakan-rakannya menyifatkannya sebagai anak seni yang berdisiplin dan baik hati.

Moga Allahyarhamha Dina ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati. Al-Fatihah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg