Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Ibnor Riza kurang duit untuk kemoterapi penyakit barah

Sep 28, 2023 | 10:00 AM
TIDAK MAMPU: Gambar penyanyi veteran Ibnor Riza pada 2013. Beliau sepatutnya menjalani lima pusingan rawatan kemoterapi tetapi hanya mampu melakukan dua sesi setakat ini.
TIDAK MAMPU: Gambar penyanyi veteran Ibnor Riza pada 2013. Beliau sepatutnya menjalani lima pusingan rawatan kemoterapi tetapi hanya mampu melakukan dua sesi setakat ini. - Foto fail BH

PETALING JAYA: Kos rawatan barah limfoma yang tinggi menyebabkan penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza, 62 tahun, terpaksa menjual tiga kereta bagi mengumpul dana.

Sejak disahkan menghidap barah Mac lalu, Ibnor, yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah, berhabis hampir RM80,000 ($23,300), termasuk wang simpanan, untuk membiayai kos rawatan.

“Saya tiada aset melainkan kereta. Itu sahaja cara yang saya nampak untuk mendapatkan duit. Sejak November, saya hilang suara dan tidak boleh lagi keluar mencari rezeki.

“Jadi. saya terpaksa korek duit yang ada seperti wang simpanan dan menjual tiga kereta bagi menampung kos perubatan dan sara hidup.

“Namun, duit jualan kereta taklah banyak mana. Jadi, saya perlu cari lagi duit untuk kos rawatan kemoterapi di pusat perubatan swasta yang masih berbaki RM12,000,” katanya semasa ditemui di pelancaran program Mstar Baek di sini pada 26 September.

Ibnor berkata suaranya, bagaimanapun, sudah pulih dan mula menerima undangan membuat persembahan.

Tambah penyanyi berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan itu, beliau tidak kisah jika undangan menyanyi diterima atas dasar simpati.

“Saya cuma hendak cari duit dan berharap ada pihak yang sudi panggil saya untuk buat ‘show’.

“Saya tak kisah dibayar berapa sekalipun tapi biarlah berpatutan. Contohnya, undangan di Singapura, mereka panggil saya sebab simpati dan ingin bantu,” katanya.

Ibnor berkata beliau sepatutnya menjalani lima pusingan rawatan kemoterapi tetapi hanya mampu melakukan dua sesi membabitkan kos RM32,000.

Ditanya tidakkah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat zakat, Ibnor berkata beliau sudah memohon, namun, belum ada maklum balas. – BH Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg