Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Ibnor Riza meninggal dunia setelah bertarung dengan barah limfoma

Dec 17, 2023 | 5:10 PM
PENYANYI BERSUARA LUNAK: Penyanyi yang pernah popular di awal 80-an ini pernah popular dengan lagu “Mimpi yang tak sudah”.
PENYANYI BERSUARA LUNAK: Penyanyi yang pernah popular di awal 80-an ini pernah popular dengan lagu “Mimpi yang tak sudah”. - Foto fail

Penyanyi bersuara lunak merdu yang pernah popular pada 1980-an, Ibnor Riza, meninggal dunia pada 3.30 petang 17 Disember.

Berita itu disahkah oleh anak perempuannya, Putri Norizah, yang juga seorang bekas penyanyi.

Putri juga telah memuat naik berita itu di media sosial dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan, dan melawat ayahnya.

Beliau juga menghargai warga kerja Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM) yang telah bekerja keras merawat ayahnya.

Cik Hafiza Basharahil, ibu kepada penyanyi Singapura Aliff dan Aisyah Aziz, merupakan antara mereka yang sempat melawat almarhum pada 16 Disember di hospital di Cheras itu.

Namun, Cik Hafiza dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi tersohor itu melalui hantaran Whatsapp anak perempuan Ibnor Riza, Putri Noriza.

Ibnor Riza, menghidap kanser limfoma tahap keempat dan telah diberitahu doktor pada awal tahun sejak mengetahui tentang penyakitnya, yang beliau hanya mempunyai enam bulan lagi untuk hidup, menurut laporan New Straits Times Malaysia sebelum ini.

Sepanjang hidupnya, Ibnor Riza, yang antara lain dikenali dengan lagu ‘Mimpi yang tak sudah’ telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

Beliau juga penerima anugerah platinum atas penjualan album “The Best of Ibnor Riza” (terjual sebanyak 25,000 unit).

Ibnor Riza meninggalkan dua isteri, yang saling menjaganya ketika beliau sakit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg