Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Iman Troye tidak lagi berpunya

Apr 15, 2024 | 02:42 PM



Penyanyi, Iman Troye, mengakui patah hati setelah mengenali secara dekat seorang jejaka sejak setahun lalu.

Enggan mendedahkan siapakah gerangan lelaki yang dimaksudkan, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22 tahun, mendakwa punca perpisahan adalah disebabkan lelaki berkenaan telah berlaku curang terhadapnya.

“Biasalah, dalam ‘berkawan’ ada pasang surutnya. Jadi saya kena terima dengan hati terbuka sekiranya dia memilih untuk meninggalkan saya. Nak buat macam mana?

“Hantaran video di TikTok hanyalah teguran umum saja. Saya hidup bahagia sekarang, tapi mungkin ada pihak yang terasa.

“Siapa gerangan ‘kawan’ itu, biarlah saya yang simpan, dia pun tak layak dikenali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Iman berkata demikian bagi mengulas mengenai hantarannya di media sosial yang berbunyi ‘hari pertama kena tinggal, sis’ yang mengundang tanda tanya.

Menurut penyanyi lagu, Pejam Celik Hari Raya itu, beliau menerima segala yang terjadi dengan hati terbuka dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya.


“Buat masa sekarang, saya akan lebih fokus kepada karier dan keluarga. Perkara sebegini biasa sahaja. Drama begini tidak bagus. 

“Saya hidup bahagia sahaja, tapi mungkin ada pihak yang kerisauan. Dia sahaja yang tahu apa yang dilakukan. Dia pun sudah ada pengganti saya walau tak sampai seminggu berpisah. 

“Pesanan saya, bumi ini berputar, apa dia buat kepada saya akan sampai juga balasan kepada dia suatu hari nanti. Kifarah Allah itu nyata,” tambahnya.

Dalam pada itu, lagu Pejam Celik Hari Raya, nyanyian Iman telah menerima hampir lima juta tontonan sejak dimuat naik dalam laman YouTube pada 9 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >