Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sufian Suhaimi, Rania tak jadi kahwin

Apr 03, 2024 | 06:30 PM



Hasrat penyanyi Sufian Suhaimi untuk mendirikan rumah tangga terkubur lagi apabila mengesahkan hubungan cinta dengan gadis bernama Rania Al Sadat sudah terlerai, pada Mac.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi, sebaliknya Sufian, 32 tahun, memaklumkan keputusan berpisah dibuat secara bersama dan beliau menerima takdir dengan reda.

“Kami masih berkawan baik. Cuma, ikatan merisik sudah terlerai dan terima perkara ini dengan hati terbuka serta tiada dendam.

“Saya dan Rania masih berjumpa serta bercakap selepas buat keputusan. Cuma, kami kenalah hormati status dan beri ruang kepada diri masing-masing bila lepas pulangkan cincin merisik.

“Keputusan ini juga dibuat secara bersama, tak ada gaduh. Kalau ikutkan kami rancang bernikah tahun lalu (2023), cuma ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan,” katanya kepada BH Online.

Sufian berkata mereka berpendapat perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main ataupun terburu-buru.

“Bukan nak cakap keputusan berkahwin dibuat secara tergesa-gesa, tetapi semakin dekat dengan tarikh nikah, kami berbincang mengenai kehidupan masing-masing.

“Selepas berbincang dan tahu hala tuju, kami memutuskan tidak meneruskan hubungan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production yang diadakan di sebuah hotel, di sini.

Penyanyi Di Matamu itu berkata beliau bersyukur apa yang berlaku ketika mereka masih dalam fasa merisik dan bukannya selepas bertunang atau mendirikan rumah tangga.


“Inilah sebenarnya hikmah di sebalik adat yang dilaksanakan. Kita merisik bukan bermaksud bernikah.

“Merisik adalah fasa saling mengenali. Saya bersyukur dapat mengenali dirinya. Dia sangat baik dan begitu juga dengan keluarganya.

“Malah, ibu bapanya juga baik dengan keluarga saya. Kami juga saling mengharapkan kebahagiaan, tapi jodoh di tangan Tuhan,” luah jejaka berkaca mata ini.

Sementara itu, Sufian menafikan tanggapan nakal sesetengah pihak yang mendakwa kisah cintanya dengan wanita itu sekadar kandungan untuk kekal relevan dalam industri.

Meskipun sudah beberapa kali kecundang dalam percintaan, namun Sufian tidak pernah menganggap dirinya lelaki yang gagal atau bernasib malang dalam percintaan.

“Saya rasa benda ini berlaku pada semua orang. Malah, ada yang banyak kali putus cinta berbanding saya.

“Saya rasa itu adalah normal dan ia juga adalah sebahagian perjalanan yang perlu dilalui dalam mencari pasangan hidup.

“Akan ada proses berkenalan, proses menyesuaikan diri dan kalau rasa tak sesuai, cari titik tengah apa yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Dan inilah yang berlaku pada kami.

“Apapun, saya tak pernah serik untuk kembali bercinta,” ungkap Sufian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >