Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pakej percutian ‘Cruise’, tiket konsert Gendang Pati M. Nasir dan baucar makanan bufet di Hotel Parkroyal bakal dimenangi

Peraduan ‘Hari Bapa’ BH

Jun 17, 2023 | 11:54 AM



Sempena sambutan Hari Bapa, @beritahariansg sedang menganjurkan peraduan ‘cerita bergambar’.

Peserta berpeluang memenangi hadiah utama berupa persiaran 3-malam menaiki kapal Resort World Cruises ke Phuket atau Penang untuk empat orang bernilai $4,761.

Lima naib juara bertuah juga berpeluang memenangi baucer bufet untuk dua orang di Spice Brasserie di PARKROYAL di Kitchener Road, bernilai sehingga $240.

Berikut cara menyertai peraduan:


Muat naik gambar terbaru yang memaparkan bapa anda bersama anda mulai hari ini hingga 20 Jun 2023

Ceritakan detik kenangan paling menyentuh hati bersama bapa anda dan juga sebab anda layak menang peraduan ini dengan tidak melebihi 150 perkataan.

Tambah hashtag #haribapabh2023 dan tag 3 rakan dalam kapsyen


‘Like’ profil Instagram BH

Gambar dan kisah terbaik akan dipilih oleh Berita Harian berdasarkan kiriman dengan jumlah ‘like’ paling banyak dan yang paling menyentuh hati. 

Pemenang akan ditentukan melalui undian Instagram di Instagram Stories BH pada 22 June 2023 nanti. 

Syarat Rasmi


Dengan menyertai Peraduan, peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat di bawah (“T&Cs”).

Penerangan Peraduan: “Peraduan Hari Bapa” Berita Harian akan berlangsung dari 10-16 Jun 2023. Semasa tempoh promosi, peserta akan berpeluang memuat naik gambar asal mereka bersama bapa mereka dan berkongsi detik terbaik mereka bersama bapa mereka.


Enam cerita gambar terbaik akan dipilih oleh Berita Harian berdasarkan merit. Selepas itu, undian dalam talian akan dilakukan melalui tinjauan pendapat Instagram untuk menentukan pemenang hadiah utama. Ini akan bermula pada 12 tengah hari pada 17 Jun 2023 (Sabtu) dan berakhir pada 12 tengah hari keesokan harinya.

Pemenang akan diumumkan pada 18 Jun 2023.

Kelayakan: Peraduan terbuka hanya kepada mereka yang menetap di Singapura. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada masa penyertaan, dan memiliki akaun Instagram peribadi. Kakitangan SPH Media Limited dan syarikat berkaitannya (“Kumpulan SPH”) dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak mengambil bahagian. Hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan untuk setiap peserta. Akaun Instagram mesti ditetapkan untuk membenarkan tontonan umum foto anda agar penyertaan anda diterima. Pemenang hanya boleh menerima satu hadiah.


Gambar dan Hak Cipta: Gambar yang diserahkan mesti diambil oleh peserta peraduan, dan mereka mesti memiliki semua hak ke atasnya. Dengan menyerahkan foto dan cerita melalui penggunaan hashtag “haribapabh2023”, semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam dan kepada bahan yang diserahkan hendaklah terletak hak sepenuhnya dan mutlak pada SPH Media Limited tanpa pampasan selanjutnya. Setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang, setiap peserta dengan ini mengetepikan hak moralnya dalam dan kepada semua bahan tersebut yang memihak kepada SPH Media Limited/BH berhak untuk menggunakan mana-mana gambar dan cerita peraduan di akhbar penerbitan kami, laman web dan saluran media sosial dan lain-lain platform yang dimiliki atau dikendalikan oleh SPH Media sebaik sahaja gambar dan cerita telah dihantar ke peraduan melalui penggunaan hashtag “haribapabh2023”.


Hadiah:


Pemenang hadiah utama akan menerima pakej kapal persiaran Resort World Cruise selama 3 malam ke Phuket atau Pulau Pinang untuk empat orang bernilai $4,761.

Pemenang kedua akan mendapat dua tiket bernilai $236 (kelas Gold) ke Konsert Gendang Pati M. Nasir dan 5 pemenang lain masing-masing akan menerima baucar bufet makan tengah hari/makan malam untuk dua orang di Spice Brasserie di PARKROYAL di Kitchener Road bernilai sehingga $240.

Pemenang akan dikehendaki mematuhi terma dan syarat tambahan penaja hadiah tersebut. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik, atau ditukar atau ditebus dengan wang tunai.

BH berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menarik balik, menambah atau mengubah mana-mana hadiah yang ditawarkan tanpa memberitahu peserta.

Pemilihan pemenang, pemberitahuan dan kutipan hadiah: BH akan menghubungi pemenang melalui pesanan langsung Instagram (‘Direct Message’). E-mel pengesahan akan dihantar kepada pemenang seterusnya, dengan disertakan borang pengakuan dan kebenaran. Jika pemenang membenarkan orang lain mengambil hadiah bagi pihak mereka, mereka perlu mengisi borang kebenaran. Pemenang perlu mengemukakan e-mel pengesahan/NRIC kepada di pejabat SPH dan menandatangani Borang Pengakuan sebelum mereka boleh menerima hadiah mereka.


Urusan lain: Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau lain-lain yang dikaitkan dengan Instagram, Inc. Peserta mesti memahami bahawa mereka memberikan maklumat mereka kepada BH dan bukan kepada Instagram. BH berhak untuk mengubah suai Peraduan atau mana-mana tarikh atau tarikh akhir yang ditetapkan dalam peraturan rasmi ini atau sebaliknya mengawal peraduan.


Baca terma dan syarat lain: https://www.sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/


Semoga Berjaya!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >