Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meski buta... bapa ini buat susu, tukar lampin anak

Jun 18, 2023 | 5:30 AM
AKRAB DENGAN ANAK-ANAK: Walaupun tidak dapat melihat, Encik Mohamed Rahamatulla Ibrahim Sahib tiada masalah bermain-main bersama dua anaknya, Mohamed Shameer (dalam gambar) dan Mohamed Rayan, seperti bapa lain. Bahkan, mereka bermain kejar-mengejar di dalam rumah dan Encik Rahamatulla selalu membawa mereka keluar berjalan-jalan.
AKRAB DENGAN ANAK-ANAK: Walaupun tidak dapat melihat, Encik Mohamed Rahamatulla Ibrahim Sahib tiada masalah bermain-main bersama dua anaknya, Mohamed Shameer (dalam gambar) dan Mohamed Rayan, seperti bapa lain. Bahkan, mereka bermain kejar-mengejar di dalam rumah dan Encik Rahamatulla selalu membawa mereka keluar berjalan-jalan. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Jika bapa lain seronok dapat melihat keletah comel anak-anak, Encik Mohamed Rahamatulla Ibrahim Sahib hanya mampu mendengar tawa riang atau tangisan mereka.

Dilahirkan buta, hakikatnya, Encik Rahamatulla, 37 tahun, tidak akan pernah dapat melihat wajah kedua-dua anaknya – Mohamed Shameer, dua tahun; dan Mohamed Rayan, satu tahun.

Tetapi peranan dan tanggungjawab yang digalasnya tidak kurang, bahkan sama seperti bapa lain.

Hampir setiap hari, beliau membantu isterinya memandikan anak-anak dan menukarkan lampin serta membuatkan susu untuk si bayi.

Seperti bapa lain, Encik Rahamatulla turut menghiburkan hati anak-anaknya dengan bermain-main bersama mereka dan kerap membawa mereka keluar berjalan-jalan.

“Pernah saya terfikir juga kalau saya boleh lihat wajah anak-anak, isteri, mak bapa saya. Saya pun tak tahu macam mana nak dibayangkan.

“Tetapi saya tidak pernah rasa bimbang sebab tak dapat lihat wajah orang tersayang. Pada saya, ini sebenarnya satu anugerah daripada Allah swt.

“Saya bersyukur sebab saya dapat mempunyai keluarga dan kongsi ikatan rapat dan mesra bersama mereka.

“Saya dapat bawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan. Apabila saya dengar anak-anak saya gembira, saya pun gembira juga,” kata beliau, yang bekerja sebagai tukang urut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg