Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perang Israel-Hamas masuk ruang siber

Oct 12, 2023 | 05:30 AM



Peperangan antara Israel dengan Hamas kelihatan melimpah ke ruang siber dengan kumpulan penggodam berkata mereka telah menyerang sasaran dalam talian Israel mengakibatkan gangguan dan kerosakan pada laman web seperti Jerusalem Post.


Konflik antara Israel dengan Palestin secara rutin menarik minat sejagat yang sengit dan penggodam, yang berpegangan politik kelihatan beraksi sama ada untuk menyokong pihak pilihan mereka atau sekadar mendapatkan perhatian.

“Terdapat berpuluh-puluh mangsa setiap hari, seperti yang didakwa kumpulan (penggodam) sedia ada dan yang baru,” kata firma risikan siber Recorded Future.

Contoh kerosakan serius atau jangka panjang masih kecil, tetapi perbuatan itu menunjukkan bagaimana sebilangan penyokong menggunakan alat digital untuk membawa perang ke ruang siber.

Antara lain, sekumpulan penggodam yang menyokong Hamas, dikenali sebagai AnonGhost, mendakwa mereka telah mengganggu aplikasi amaran kecemasan Israel, menurut saluran media sosial kumpulan itu.

Satu lagi kumpulan, AnonymousSudan, berkata di Telegram mereka secara aktif menyasarkan prasarana kritikal Israel, walaupun ia memberikan sedikit bukti bagi perbuatan itu.

Lebih 100 laman web di Israel telah sama ada dirosakkan atau terganggu buat sementara waktu ekoran serangan penafian perkhidmatan (DDoS) yang diedarkan dengan mudah, yang membanjiri laman web dengan trafik yang tidak sahih, menurut penganalisis keselamatan.

“Penyerang telah berjaya menjejas khidmat dalam talian kami untuk tempoh berpanjangan sejak beberapa hari lalu,” kata Ketua Pengarang Jerusalem Post, Encik Avi Mayer menerusi e-mel.


“Ini adalah serangan terang-terangan terhadap kebebasan akhbar,” tambah beliau. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >