Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Percaya pada sayap, bukan pada ranting’

WHe@Bicara
Oct 23, 2024 | 5:30 AM
Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu (Kolumnis Kanan), Berita Harian/Berita Minggu
Hanim Mohd Saleh, Editor Bersekutu (Kolumnis Kanan), Berita Harian/Berita Minggu - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Peribahasa Afrika, “Seekor burung ketika memilih untuk hinggap di atas ranting, ia tidak memikirkan sama ada ranting itu rapuh atau tidak. Dia hanya percaya pada satu perkara, percaya pada sayapnya,” menyimpan hikmah mendalam tentang pentingnya membina daya tahan dan kepercayaan pada diri sendiri.

Analogi itu mengingatkan kita bahawa, tidak seperti burung, manusia sering tertumpu kepada keadaan luaran, mencari kestabilan dan keselamatan dalam persekitaran yang tidak menentu.

Namun, kekuatan sebenar bukanlah pada persekitaran, tetapi pada diri kita sendiri.

Dalam menghadapi cabaran hidup, kekuatan dalaman adalah kunci.

Sebagaimana kata mantan Presiden Afrika Selatan, mendiang Encik Nelson Mandela, “Kejayaan terbesar dalam hidup bukanlah kerana tidak pernah jatuh, tetapi bangkit setiap kali kita jatuh”.

Mempercayai kekuatan dalaman kita, yakni ‘sayap’ kita, membolehkan kita mengharungi cabaran hidup dengan penuh keyakinan.

Tidak kira betapa sukar situasi yang dihadapi, kita perlu ingat bahawa perubahan bermula dari dalam diri kita sendiri.

Al-Quran menekankan hal ini dalam Surah Al-Anfal (8:53): “Dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

Ayat ini menegaskan kepentingan usaha memperbaiki diri dan transformasi dalaman.

Pengasas studio yoga udara, Avoyoga, Cik Raidah Syafiqah Ahmad, turut berkongsi pandangan serupa.

Beliau percaya setiap wanita memiliki kekuatan terpendam yang mampu memberi mereka ‘sayap’ untuk terbang lebih tinggi.

Menurutnya, melalui Aerial Yoga, beliau ingin membantu setiap wanita agar lebih yakin dan mencintai diri sendiri, menekankan bahawa kekuatan sejati datang daripada dalam diri kita, bukan dari sekeliling kita.

Selain itu, kata-kata penyair dan pejuang hak asasi manusia dari Afrika, Cik Maya Angelou, mengingatkan kita bahawa walaupun kita tidak dapat mengawal segala perkara yang berlaku dalam hidup, kita tetap boleh memilih untuk tidak membiarkan diri kita dikalahkan oleh situasi tersebut.

“Anda mungkin tidak dapat mengawal segala yang berlaku kepada anda, tetapi anda boleh memilih untuk tidak dikalahkan olehnya.”

Ungkapan itu mengajarkan bahawa kunci untuk mengatasi cabaran adalah dengan melihat setiap ujian sebagai peluang untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah.

Untuk mencapai kekuatan itu, kita perlu sentiasa sedar akan potensi diri dan percaya bahawa kita mampu menghadapi apa jua rintangan.

Dengan sikap positif, kita dapat melihat cabaran sebagai peluang untuk berkembang, bukan sebagai halangan.

Membangunkan kesedaran diri, menetapkan matlamat, dan bekerja keras untuk mencapainya adalah antara cara untuk mencapai ketahanan itu.

Pada masa yang sama, kita perlu dikelilingi oleh pengaruh positif agar terus bermotivasi.

Dengan menghayati kebijaksanaan ‘sayap burung’, kita dapat membina daya tahan dalam menghadapi kesukaran, membentuk keyakinan diri yang teguh, dan membangunkan sikap sentiasa ingin belajar.

Kebebasan dan keupayaan untuk berdikari memberi kita kekuatan untuk mencapai potensi penuh dalam kehidupan.

Peribahasa Jepun menyatakan: “Jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali”.

Percayalah pada sayap anda, dan anda akan menemukan kekuatan untuk bangkit menghadapi setiap cabaran, terbang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg