Jatuh cinta sekali lagi setelah kehilangan orang tercinta yang berpisah mati, bukanlah perjalanan yang mudah bagi sesiapa sahaja, terutama setelah melewati trauma yang begitu mendalam. Begitu juga dengan selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari, yang mesra dengan panggilan Bunga atau BCL, yang kisah pergelutannya meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya, Noah, sejak sejak kehilangan suami. Justeru apabila BCL akhirnya mengambil keputusan menamatkan kedukaan sebagai ibu tunggal dengan menikahi usahawan yang dikenalinya sejak zaman kuliah bernama Tiko Aryawardhana, beliau sekali lagi mendapat sorotan meluas.
Rencana ini bukan untuk membicara majlis perkahwinan BCL-Tiko di Bali yang mendapat pelbagai komen negatif kerana aspek pesta-pestaan yang menjolok mata, sebaliknya menilai bagaimana seorang sosok wanita yang sentiasa menjadi tumpuan ramai mengambil keputusan sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan, dengan anak tunggalnya menjadi faktor utama dalam beliau membuat keputusan.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk mencintai seseorang dalam lingkaran persahabatan, apalagi dengan seorang kawan. Namun, itulah yang terjadi, dan mungkin sudah menjadi sebahagian daripada rencana Tuhan.
“Saya dan Tiko telah menjalin persahabatan sejak masa kuliah, suatu hubungan yang tumbuh daripada kejujuran dan ketulusan. Bahkan, saat (Almarhum) Ashraf masih ada, Tiko juga berteman dengan Ashraf dan sesekali hang out dengan teman-teman lainnya. Hingga akhirnya situasi hidup berubah,” ujar BCL yang meluahkan isi hatinya dengan majalah Her World Indonesia.
Kedua-duanya menghadapi pukulan hidup yang tidak terduga – BCL kehilangan sosok yang direnggut oleh kematian, iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, sedangkan Tiko merasakan duka kerana perceraian.
“Kami sering berkongsi pengalaman dan cabaran hidup. Dari situ, kami saling memahami luka yang kami alami. Luka yang hanya boleh difahami oleh mereka yang sudah merasakannya.
“Tiko membawa muzik ke dalam hidup saya; beliau membuat saya berasa ingin menari lagi... membuat saya kembali bersemangat menjalani hidup. Saya berasa diterima sebagai manusia dengan segala masalah dan kekurangan. He makes me feel worthy,” ujar BCL.
Tiko bukan hanya sekadar teman hidup; bahkan dianggap BCL sebagian pendukung setia tatkala duka melanda.
“Ketika rasa duka tiba-tiba hadir, beliau tetap berada di sini menemani saya sambil meyakinkan bahawa saya dan Noah tidak sendirian. Mungkin beliau tidak faham sepenuhnya, tapi beliau berusaha memahami apa yang saya dan Noah hadapi,” tambah BCL mengenai kehadiran Tiko sebagai pendamping yang penuh pengertian.
“Lelaki ini menghargai proses hidup saya, seberapa besar cinta saya pada Almarhum Ashraf. Beliau melihat itu sebagai sesuatu yang perlu dikagumi.”
Jalani hubungan dengan gelaran “janda” dan “duda” bukanlah perjalanan yang mudah. Ini adalah kisah cinta orang dewasa yang menyedari akan risiko dan beban yang harus didakap.
“Kami menapak dengan kesedaran bahawa perjalanan ini akan berat, namun kami memilih menjalaninya bersama,” ujar beliau.
Bagi Tiko, pertimbangan tidak hanya melibatkan anak dan keluarga BCL, termasuk keluarga Sinclair, tetapi juga seluruh masyarakat Indonesia.
“Keputusan ini akan membuatnya menjadi perhatian publik di Indonesia dan Malaysia. Hubungan ini adalah kesempatan kedua baginya untuk menjadi peribadi yang lebih baik dari sebelumnya,” kata BCL ketika menyentuh keterbukaan dan tekad pasangannya.
Ketika Ashraf meninggal dunia, komitmen BCL terhadap keluarga suami, Sinclair, tidak berakhir.
“Saya bertekad terus menjaga keluarganya,” ujar BCL dengan tekad bulat.
Keluarga Sinclair, yang telah menjadi tempat perlindungan dan dukungan, tetap erat dengan BCL melibatkan Tiko dalam interaksi dengan keluarga Sinclair, membiarkan keterbukaan dan keakraban tumbuh tanpa paksaan.
Setelah memperkenalkan Tiko pada setiap anggota keluarga, BCL melihat bagaimana Tiko mampu bersahabat dengan mereka.
“Well, he’s really good with kids. Mungkin dari situ juga mereka melihat bahawa ternyata Tiko bukan hanya seronok untuk diajak hang out tapi anak-anak juga selesa ketika bersamanya,” kata BCL lagi.
Momen BCL berkata “ya” ketika dilamar Tiko masih terpatri dalam ingatan. Ia terjadi di Bali dengan kehadiran keluarga besar.
Saat Tiko menyatakan keseriusannya sambil menunjukkan cincin, BCL teringat kata-katanya: “Kita tidak pernah tahu hidup akan membawa kita ke mana. Mungkin masih ada luka yang harus kita bawa, tapi dengan melaluinya bersama, saya punya semangat untuk melanjutkan hidup dan menjadi orang yang lebih baik. Will you marry me?” Dan itulah saat BCL menjawab, “yes.”
“Saat Tiko menemui Papa demi meminta izin untuk melamar saya, beliau katakan, “saya tidak ingin menggantikan Ashraf. Saya hanya ingin menemani Bunga melanjutkan hidup untuk membesarkan Noah.”
Beliau juga sering mengungkapkan dengan jelas “saya akan pastikan kalau Noah akan selalu ingat akan Ashraf”, ucap Bunga, yang mengakhiri cerita tentang izin dan dukungan dari keluarga Sinclair.
Sebagai seorang ibu tunggal, pertimbangan utama adalah kesejahteraan anak. Noah, sebagai satu-satunya buah hati BCL, harus menjadi keutamaan.
Dalam menghadapi kehidupan tanpa suami, BCL menyedari bahawa terdapat momen dan topik yang mungkin lebih aman untuk dibicarakan oleh Noah dengan sosok lelaki dewasa.
“Kalau ada figura bapa yang hadir dalam hidupnya, orang itu tentu harus boleh ngam dan membuat Noah berasa selesa juga,” tambah BCL.
Ketika Tiko mulai menjadi sebahagian daripada hidup BCL dan Noah, pertanyaan sederhana diajukan pada Noah, “Are you okay having him around?” dan jawabannya menggembirakan, “Yes, of course.”
Ternyata, kededuanya menikmati kehadiran satu sama lain. Tiko mampu membawa warna baru dalam kehidupan, menyatukan tawa, dan tetap menghargai kenangan bersama Ashraf.
BCL dan Tiko bernikah di Bali pada 2 Disember 2023.
Dalam kelanjutan kisah cinta ini, BCL, Tiko dan Noah membuktikan bahawa cinta sejati tidak hanya membawa kebahagiaan kepada pasangan, malah membentuk asas yang kuat bagi keluarga yang penuh kasih dan pengertian.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg