Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perkahwinan 11 tahun ajar Diana Danielle erti kematangan

Pelakon ‘Magika’ tidak pasti dapat berlakon dengan bekas suami, Farid Kamil, selepas ini
Aug 11, 2023 | 10:35 AM



Pelakon Diana Danielle akui tempoh 11 tahun bergelar isteri pelakon Farid Kamil merupakan fasa yang banyak mengajarnya erti kematangan sebuah kehidupan sebagai isteri dan ibu.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata biarpun sudah membawa haluan masing-masing, beliau akan mengenang perkahwinan itu dari sudut positif selain mendoakan terbaik buat dirinya dan bekas suami.

“Saya bersyukur banyak belajar benda yang baik-baik. Belajar untuk menjadi matang, jadi ibu dan juga isteri.

“Banyak sangat pengajaran dan tidak semestinya pengakhiran ini saya ambil yang negatif sahaja. Saya ambil yang positif juga.Saya doakan kami dapat memulakan hidup dengan lebih baik selepas ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding lafaz cerai pada Khamis.


Kemelut rumah tangga pasangan sama cantik sama padan itu menemui titik noktah selepas Farid melafazkan talak satu kepada Diana secara dalam talian menerusi Google Meet di hadapan hakim syarie.


Itu berikutan Farid, 42 tahun, tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan dan diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku ‘shiqaq’ (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 tahun dan Nur Aurora, lapan tahun.

Apabila ditanya apakah mereka akan berlakon bersama selepas ini, Diana setakat menjawab:

“Berlakon bersama? Saya tidak pasti.”

Katanya dalam nada tegas, beliau juga tidak mempunyai sebarang jawapan yang konkrit buat masa ini dan menyerahkan semuanya kepada ketentuan Tuhan.

“Sejujurnya saya tidak tahu lagi sekiranya dapat berlakon bersama Farid. Saya tak pasti lagi sama ada saya akan sedia atau tidak.

“Mungkin masa yang akan menentukan semuanya menjadikan saya menjadi matang dan selesa untuk bekerjasama dengan Farid,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan hubungan baiknya dengan Farid diteruskan demi kelangsungan hidup dua anak mereka.

“Berkawan, itu antara kami yang akan selesaikan bagaimana hubungan kami selepas ini dan mcam mana nak hadapi fasa baru ini. Saya juga nak semuanya yang baik-baik dan tidak mahu peningkan kepala,” ujar pelakon Magika itu lagi.


Farid tidak hadir di mahkamah kerana dilaporkan tidak sihat.

Bagaimanapun, dalam hantaran Instagramnya, beliau menulis:

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat. Kita boleh rancang, kita boleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >