Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persembahan 3 penyanyi pernah dikritik warganet

Nov 24, 2023 | 5:30 AM
NABILA RAZALI: Warganet menganggap penyampaian beliau tidak memuaskan bagi lagunya, Peluang Kedua, semasa Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 2021.
NABILA RAZALI: Warganet menganggap penyampaian beliau tidak memuaskan bagi lagunya, Peluang Kedua, semasa Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 2021. - Foto fail

NABILA RAZALI

Penyanyi Malaysia, Nabila Razali pernah dikecam warganet selepas dianggap menyampaikan persembahan yang disifatkan sebagai tidak memuaskan bagi lagu, Peluang Kedua, semasa Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 2021.

Nabila juga tidak mempersembahkan lagu tersebut di separuh akhir Muzik Muzik Ke-35 kerana mengalami masalah peti suara dan sedang dalam proses pemulihan ketika itu. 

Persembahan Nabila selama empat minit itu berakhir dengan beliau kelihatan murung dan hampir menitiskan air mata.

Wargenet berpendapat persembahan beliau ‘peluang yang sia-sia’.

Nabila turut meminta maaf kepada warganet selepas persembahan tersebut. 

SYAFINAZ SELAMAT: Warganet mempertikai kebolehannya dan berasa beliau turut membuat kesalahan semasa persembahan, Konsert Ini Baru Bintang 3.
SYAFINAZ SELAMAT: Warganet mempertikai kebolehannya dan berasa beliau turut membuat kesalahan semasa persembahan, Konsert Ini Baru Bintang 3. - Foto fail

SYAFINAZ SELAMAT

Juri rancangan, All Stars Gegar Vaganza, Datuk Syafinaz Selamat telah dikritik warganet apabila membuat persembahan bagi lagu, Persis Salju dan Europa, nyanyian asal Monica Naranjo semasa konsert, Ini Baru Bintang 3 pada Oktober. 

Warganet mendakwa mereka tidak faham lagu Europa yang dipersembahkan Syafinaz.

Mereka turut mempertikai kebolehan beliau dengan mengatakan bahawa penyanyi tersebut turut membuat kesalahan semasa persembahan.

Syafinaz membalas dengan mengatakan walaupun beliau guru vokal, itu tidak bermakna beliau mampu membuat persembahan sempurna di mata penonton.

AS’AD MOTAWH: Beliau dikritik warganet pada 2017 semasa membuat persembahan lagu, Asal Kau Bahagia. dalam rancangan televisyen, ‘Dahsyat’ di Indonesia. 
AS’AD MOTAWH: Beliau dikritik warganet pada 2017 semasa membuat persembahan lagu, Asal Kau Bahagia. dalam rancangan televisyen, ‘Dahsyat’ di Indonesia.  - Foto INSTAGRAM AS’AD MOTAWH

AS’AD MOTAWH

Dikenali dengan lagu Senyum dan Percaya, penyanyi As’ad Motawh pernah dikritik warganet pada 2017 semasa membuat persembahan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band di dalam rancangan Dahsyat di Indonesia. 

Warganet menyifatkan suara beliau sumbang dan tidak dapat menyampaikan nota tinggi. Ada yang turut berpendapat beliau seorang penyanyi yang sekadar ‘menjual rupa’ sahaja. 

As’ad Motawh berkongsi bahawa beliau diminta menyanyi secara mengejut dan turut setuju beliau harus membaiki nyanyiannya.

Namun kini, beliau dilihat lebih cenderung menguruskan syarikat produksinya dan kurang aktif dalam bidang hiburan. – Agensi berita. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg