Apa yang bermula sebagai inisiatif kecil masyarakat kini telah berkembang menjadi satu gerakan literasi yang menyatukan penulis, penerbit, pendidik, serta keluarga dalam usaha memupuk minat membaca kanak-kanak sejak usia awal.

Perkembangan itu jelas terpancar menerusi edisi keempat pesta buku, ‘Kids BookFest’, yang mencatat peningkatan kehadiran seramai sekitar 1,500 pengunjung di Pusat Sivik Common Ground, yang terletak di Bedok pada 31 Januari.