Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta lampu mampan, golf mini di Lapangan Terbang Changi antara kegiatan menarik

May 30, 2024 | 10:33 AM
Arca seni lampu,‘Kinetic Perspective’, di Plaza Acara Marina Bay Sands merupakan rekaan seniman Sepanyol, Juanfuentestudio.
Arca seni lampu,‘Kinetic Perspective’, di Plaza Acara Marina Bay Sands merupakan rekaan seniman Sepanyol, Juanfuentestudio. - Foto ST

Pesta seni lampu mampan, ‘iLight Singapore’

Pesta seni lampu mampan, iLight Singapore (iLSG) kembali buat edisi ke-10 untuk menghiasi Marina Bay dan kawasan berdekatan.

Dianjurkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), pesta seni lampu mampan itu telah berkembang ke luar kawasan Marina Bay dan akan turut menyinari kawasan South Beach dan Millenia Walk.

Buat julung-julung kalinya, iLight Singapore juga akan menghiasi kawasan Tanjong Pagar.

Memaparkan 17 karya seni daripada 25 seniman, pesta seni lampu mampan itu bertema, Sifat Kitaran (Cyclical Nature). Ia mengetengahkan rona hijau, gelombang pada spektrum cahaya yang boleh dilihat, sekali gus melambangkan alam semula jadi dan persekitaran.

Pengunjung dijemput untuk melibatkan diri dalam karya seni khusus buat renungan dan interaktif yang meneroka potensi objek harian untuk direka bentuk semula, melalui pemulihan dan penggunaan semula.

Layari laman web, https://bh.sg/ilight untuk maklumat lanjut.

Tarikh: 31 Mei hingga 23 Jun

Waktu: Isnin hingga Khamis, 7.30 malam hingga 11 malam; Sabtu dan Ahad, 7.30 malam hingga 12 pagi

Tempat: Marina Bay, South Beach, Millenia Walk, Tanjong Pagar

Masuk percuma

Pameran kembara, ‘The Causeway: A Century of Connection’

Dalam memperingati 100 tahun pembukaan Tambak, Lembaga Warisan Negara (NHB), akan mengendalikan pameran perjalanan bertajuk, The Causeway: A Century of Connection.

Pameran itu akan menampilkan koleksi imej, objek dan cerita masyarakat yang menyerlahkan sejarah koswe, daripada pembinaannya hingga kepentingannya pada masa kini.

Pameran itu akan mengelilingi perpustakaan awam Singapura, hab bersepadu dan pusat beli-belah untuk mempamerkan peranannya dalam membentuk sejarah hubungan Singapura dan Malaysia.

Tarikh: Jun 2024

Tempat: Pelbagai lokasi

‘The Little Prince’ di Lapangan Terbang Changi

Padang golf mini, ‘Starry Mini Golf’, akan diadakan sebagai sebahagian daripada kegiatan yang memaparkan alam semesta dalam cerita klasik, ‘The Little Prince’, di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.
Padang golf mini, ‘Starry Mini Golf’, akan diadakan sebagai sebahagian daripada kegiatan yang memaparkan alam semesta dalam cerita klasik, ‘The Little Prince’, di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. - Foto LAPANGAN TERBANG CHANGI

Bersedia untuk menerokaI landskap magis Lapangan Terbang Changi yang akan menghidupkan cerita klasik tulisan Antoine de Saint-Exupéry, The Little Prince, pada cuti sekolah Jun.

Dewan pelepasan di Terminal 3 akan berubah menjadi kawasan permainan yang mencerminkan alam semesta, The Little Prince.

Salah satu tarikan di kawasan permainan itu adalah padang golf mini tujuh lubang, Starry Mini Golf, dengan tahap cabaran berbeza, sesuai untuk semua peringkat umur yang terletak di dewan pelepasan Terminal 3 berhampiran kaunter daftar masuk di laluan nombor 11.

Pas Starry Mini Golf boleh dibeli pada harga $5 dengan setiap perbelanjaan $50 ($80 di pasar raya) bagi satu resit di kedai-kedai yang turut serta di kawasan awam Terminal 1 hingga 4 Lapangan Terbang Changi (tidak termasuk Jewel).

Pas $5 tambahan boleh dibeli jika anda berbelanja menerusi Changi Pay atau Mastercard. Anda juga boleh membeli pas secara langsung menerusi aplikasi Changi pada harga $15 setiap satu.

Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar di tempat-tempat bergambar yang memaparkan babak The Little Prince.

Terdapat sesi bercerita The Little Prince oleh Alliance Française de Singapour pada 8 dan 15 Jun pada 12 tengah hari dan 2 petang di ruang ST3PS di Terminal 3.

Layari laman web, https://bh.sg/littleprince untuk maklumat lanjut.

Tarikh: 24 Mei hingga 14 Julai

Tempat: Terminal 3, Lapangan Terbang Changi

Karnival Glow Coast

‘Karnival Glow Coast’ berlangsung dari 24 Mei hingga 23 Jun di Downtown East.
‘Karnival Glow Coast’ berlangsung dari 24 Mei hingga 23 Jun di Downtown East. - Foto DOWNTOWN EAST

Mari sertai Karnival Glow Coast, sebahagian daripada acara Marine Marvels, di Downtown East, yang akan menerangi tempat meletak kereta terbuka pada waktu malam.

Ia menampilkan tempat bergambar yang mempesonakan yang dipenuhi dengan papan tanda neon.

Ia akan mempunyai taman permainan neon yang merangkumi tarikan seperti gasing berputar bersaiz besar berwarna-warni yang pertama di Singapura.

Anda juga berpeluang memenangi hadiah di reruai permainan karnival.

Ahli Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) boleh menebus kad mainan, Karnival Glow Coast, bernilai $12 dengan perbelanjaan minimum $60 atau $80 bagi ahli Link. Tebusan boleh dilakukan di Kaunter Maklumat E!Avenue Tingkat 2, sementara stok masih ada.

Tarikh: 24 Mei hingga 23 Jun 2024, 5 petang hingga 9 malam setiap hari. Mulai 24 Jun, 5 petang hingga 9 malam (Rabu hingga Ahad). Tutup pada Isnin dan Selasa.

Tempat: Tempat meletak kereta terbuka, Downtown East

Bayaran: Terdapat perbelanjaan minimum

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg