Taman tertutup di tingkat tertinggi Jewel, Taman Canopy, berubah menjadi pameran bunga Jewel Blooms: What A Feelin5 dari 24 Mei hingga 11 Ogos ini.
Dihiasi dengan lebih 15,000 gubahan bunga, pengunjung boleh menerokai lima zon tersendiri di Taman Canopy yang direka berdasarkan emosi seperti kebahagiaan, keamanan dan kasih sayang.
Lihat lebih 1,000 bunga wisteria tergantung dari siling; jalan di kawasan yang dihiasi dengan aneka jenis bunga berwarna merah jambu; dan nikmati keindahan lebih 9,000 bunga hibrid starchis (hanya tumbuh di Jepun) dalam karya seni floral kinetik di kawasan Petal Garden rekaan seniman bunga, Megumi Shinozaki.
Selain menikmati pameran bunga, pengunjung boleh membeli-belah tanaman, bunga dan kraf unik dari 31 Mei hingga 9 Jun di tingkat bawah tanah, Atrium. Ada juga pertandingan rekaan floral buat murid sekolah rendah.
Tarikh: 24 Mei hingga 11 Ogos
Waktu: Isnin hingga Khamis, 10 pagi hingga 9 malam; Jumaat hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam
Bayaran: Harga standard, $11; penduduk Singapura, $9
Downtown East, menawarkan pelbagi kegiatan bertema, pemuliharaan lautan dalam pesta Marine Marvels, dari 24 Mei hingga 28 Julai.
Pengunjung terutama kanak-kanak boleh mendalami pemahaman tentang ekosistem marin di beberapa kawasan termasuk taman permainan air Wild Wild Wet yang menawarkan balapan gelembung berhalangan (inflatable obstacle course) bertemakan marin.
Kunjungi juga Karnival Glow Coast yang menyediakan taman permainan bercahaya terang, Neon Playground, yang pertama di Singapura terletak di tempat meletak kereta terbuka. Pengunjung boleh mencuba enam jenis kawasan permainan seperti kapal lanun dan roda belon.
Lihat pameran pemasangan berpendidikan interaktif di kawasan Event Square dan saksikan ikan koi makan dari botol susu bayi di luar kawasan Wild Wild Wet di acara Marine Mealtime.
Layari laman web, www.downtowneast.com.sg untuk maklumat lanjut.
Tarikh: 24 Mei hingga 28 Julai
Waktu: Pelbagai waktu pembukaan dan penutupan bagi setiap tempat mulai 10 pagi hingga 9 malam
Bayaran: Tiket Wave Wonder Zone di Wild Wild Wet – $21 (kanak-kanak) atau $29 (dewasa). Nikmati diskaun 25 peratus bagi pas masuk Wild Wild Wet dan dapat akses taman permainan neon percuma di Karnival Glow Coast Carnival atau sebotol makanan ikan percuma di Marine Mealtime.
Jika anak gemar senaman gimnastik, kem cuti bertemakan Barbie anjuran Wisma Geylang Serai mungkin antara kegiatan yang boleh dipertimbangkan pada musim cuti ini.
Antara kegiatan yang akan diadakan adalah gimnastik estetik dan berirama berkumpulan dan akrobatik.
Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun. Untuk pendaftaran, lungsuri pautan, tinyurl.com/JunHolCamp2024.
Tarikh: 10 hingga 11 Jun
Waktu: 9 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Wisma Geylang Serai, #02-04
Bayaran: $188 bagi pembelian awal hingga 31 Mei
Sukan Olimpik Perancis 2024 bakal menjelang. Bagi meraikan acara sukan sejagat itu, Kedutaan Perancis di Singapura dan Art Outreach Singapura akan mengadakan sambutan sukan dan seni bertajuk Artletics selama dua hari.
Disokong Lembaga Pelancongan Singapura, program percuma itu mengetengahkan atlet sukan bandar seperti sukan BMX dan meluncur.
Seniman jalanan seperti seniman grafiti dari Singapura dan Perancis akan turut memaparkan bakat mereka di Somerset Skate Park.
Artletics akan menjadi acara penutup Festival Singapura Perancis vOilah!, festival tahunan anjuran Kedutaan Perancis di Singapura bagi memaparkan kreativiti dan inovasi Perancis.
Tarikh: 25 dan 26 Mei
Waktu: 4 petang hingga 10 malam
Tempat: Somerset Skate Park
Masuk percuma
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg