Topik diikuti
Pergi ke BHkuPiala Dunia: Sorak penuh gaya dengan jersi dari 5 kedai pilihan
Piala Dunia: Sorak penuh gaya dengan jersi dari 5 kedai pilihan
Beli produk tulen agar tidak perlu ragu dengan mutu pakaian
Piala Dunia: Sorak penuh gaya dengan jersi dari 5 kedai pilihan
Kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia, Piala Dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2026, kini kembali dengan penyertaan lebih banyak negara dan pastinya dengan saingan yang jauh lebih hebat.
Piala Dunia 2026 melakar sejarah baharu apabila Canada, Mexico dan Amerika Syarikat berganding bahu sebagai penganjur bersama untuk menjayakan pesta bola sepak yang tiada tandingannya itu.
Ia juga tampil dengan format lebih besar, menyaksikan penyertaan 48 pasukan, meningkat daripada 32 pasukan sebelum ini.
Dengan penambahan jumlah pasukan, setiap perlawanan pastinya menjadi lebih sengit dan penuh dengan detik mendebarkan.
Bagi peminat setia bola sepak, tiada cara yang lebih jelas untuk melahirkan sokongan padu, melainkan dengan menyarung jersi pasukan kegemaran anda.
Apabila anda membuat pembelian jersi, pastikan anda mendapatkan produk tulen dengan membelinya terus dari kedai rasmi kelab anda, atau dapatkan daripada jenama sukan antarabangsa yang diyakini seperti Nike dan Adidas, menurut Her World.
Dengan cara ini, anda boleh bersorak dengan bergaya tanpa perlu ragu-ragu tentang mutu dan ketulenannya.
Sertai kemeriahan kejohanan bersejarah ini dengan mendapatkan jersi pasukan kegemaran anda di kedai-kedai pilihan berikut.
Weston Corporation
Dengan tujuh cawangan di serata negara, Weston Corporation merupakan salah satu destinasi utama untuk membeli produk berkaitan bola sepak.
Sama ada anda sedang mencari barangan koleksi bernilai mahupun jersi Liga Perdana England (EPL) terkini, Weston Corporation menawarkan segalanya.
Malah, kedai ‘pop-up’ terbaru mereka di Wisma Atria hasil kerjasama dengan Nike Football, menampilkan antara rangkaian jersi bola sepak terbesar di Singapura.
Di Weston Corporation, anda boleh mendapatkan jersi dari 42 negara yang bertanding dalam Piala Dunia, dengan laman web mereka turut mengkategorikan jersi mengikut kumpulan masing-masing, bagi memudahkan urusan pembelian peminat bola sepak.
Ia turut menawarkan perkhidmatan cetakan nama bagi mereka yang ingin memperibadikan jersi masing-masing.
Weston Corporation mempunyai cawangan di Queensway Shopping Centre, 313@somerset, VivoCity, Tampines Mall, Peninsula Shopping Centre, Jewel Changi Airport dan Kallang Wave Mall.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Weston di www.weston.com.sg
Decathlon
Mahu mencari jersi tanpa perlu berbelanja besar? Decathlon ialah tempat yang wajib anda kunjungi.
Rangkaian kedai sukan popular ini terkenal dengan pelbagai pilihan barangan sukan pada harga yang mesra dompet.
Di sini, anda boleh mendapatkan jersi dewasa pada harga serendah $12.90.
Dengan harga yang begitu mampu milik, pasti sukar untuk anda melangkah keluar dari kedai mereka dengan tangan kosong.
Decathlon mempunyai 22 cawangan di serata Singapura dan produk mereka juga boleh dibeli secara dalam talian di www.decathlon.sg.
Queensway Shopping Centre
Dibina pada 1970-an, Queensway Shopping Centre terkenal sebagai ‘pusat beli-belah sukan’.
Bagi mereka yang membesar pada era 80-an dan 90-an, anda pasti tahu tempat ini merupakan destinasi popular untuk mendapatkan kelengkapan sukan, daripada kasut sniker hingga ke raket.
Meskipun ramai pelanggan kini sudah terbiasa dengan pembelian produk secara dalam talian, pusat beli-belah ini masih mengekalkan rangkaian kedai yang menawarkan jenama terkenal seperti Weston Corporation.
Di tingkat dua pula, anda akan menemui Naseera Sports yang menawarkan perkhidmatan cetakan nama untuk jersi dan pelbagai jenis pakaian sukan.
Kedai ini turut menyediakan jersi bermutu tinggi daripada jenama seperti Adidas, Lotto, Mitre, Joma, Reusch dan FBT, untuk memastikan anda sentiasa kelihatan bergaya ketika menonton perlawanan Piala Dunia.
Kedai Dalam Talian Adidas Singapore
Selain daripada rangkaian jersi Adidas yang biasa, jenama ini menawarkan koleksi khas Piala Dunia 2026 yang boleh didapati di laman web Adidas.
Koleksi ini menampilkan pelbagai rekaan menarik yang diilhamkan daripada negara berbeza, termasuk Jepun, Sepanyol dan Jerman.
Produk Adidas boleh didapati di kedai fizikal mereka serta secara dalam talian di laman web rasmi www.adidas.com.sg atau melalui platform beli-belah dalam talian, Shopee Mall.
Kedai Dalam Talian Nike Football Singapore
Koleksi jersi pasukan antarabangsa daripada Nike Football menawarkan rekaan menarik untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Anda boleh memilih jersi kegemaran mengikut negara – seperti Perancis, Korea Selatan dan China – atau mengikut kelab popular, termasuk Inter Milan dan F.C. Barcelona.
Dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan yang menarik, anda pasti rambang mata.
Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di www.nike.com/sg.
