Popular hanya modal awal, kerja keras faktor kejayaan usahawan selebriti
Pengguna Berdaftar
Popular hanya modal awal, kerja keras faktor kejayaan usahawan selebriti
Bukan mudah membina empayar perniagaan daripada titik peluh sendiri. Mempunyai pengikut yang ramai sehingga mencapai jutaan ‘followers’ hanya modal awal untuk menarik perhatian ramai, namun tanpa kerja keras dan strategi berkesan, tentu mereka tidak akan berada di mana mereka sekarang. Bahkan seperti usahawan lain, mereka juga menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan. Ikuti usahawan selebriti yang diketengahkan WHe untuk anda jadikan inspirasi.
Sep 13, 2023 | 5:30 AM
KERJA KERAS: Pelakon asal Singapura, Nadiyah Shahab, kini usahawan berjaya bermula dengan penjualan kek Absolut Chocolat di Malaysia. - Foto fail
Pelakon asal Singapura, Nadiyah Shahab, dan suaminya, Ben Ali, merupakan pasangan selebriti yang bergelar usahawan berjaya hingga mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, yang mengeluarkan kek kegemaran ramai, Absolut Chocolat.
Daripada seorang pelajar yang terpaksa bekerja sambilan seperti modelling untuk membayar yuran sekolah, ulang-alik antara Kuala Lumpur dengan Singapura dengan menaiki bas, Nadiyah kini dikenali sebagai usahawan perniagaan kek Absolut Chocolat yang menjana pendapatan RM5 juta ($1.6 juta) dalam tempoh dua tahun sebelum pandemik dulu. Kini perniagaannya semakin berkembang dengan penganjuran acara-acara perdagangan.
Laporan berkaitan
Anna Belle Francis... dari perjalanan rohani ke dunia bisnesSep 12, 2023 | 2:30 PM
Biasa yang ‘luar biasa’Aug 22, 2023 | 1:11 PM

