Niat Encik Noorhakim Abdul Halim mempertingkat kesedaran terhadap kemampanan sekitaran menjadi pendorong utama baginya memulakan projek bertukar-tukar peralatan dan perkakas sukan sebagai projek tahun akhirnya.

Malah, beliau cuba menyuntik elemen yang lebih seronok seperti mengadakan reruai pop-up dan permainan interaktif dalam usaha menarik perhatian terhadap projek tersebut.