Semuda usia 14 tahun, penyanyi dan penggubah lagu Singapura, Amni Musfirah Abdul Rashid, sudah pun menyanyi di pentas konsert amal tahunan terbesar untuk kanak-kanak, ChildAid, demi mengumpul wang untuk si cilik daripada keluarga berpendapatan rendah.

Wang ini disalurkan menerusi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times dan Dana Seniman Muda Business Times.