Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berada di perantauan buat Amni Musfirah lebih hargai S’pura

Aug 6, 2024 | 5:30 AM
Identiti Amni Musfirah sebagai anak watan berkembang dengan peluang mempersembahkan tiga lagu semasa segmen pertunjukan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.
Identiti Amni Musfirah sebagai anak watan berkembang dengan peluang mempersembahkan tiga lagu semasa segmen pertunjukan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024. - Foto ST

Lulusan Maktab Muzik Berklee di Boston, Amerika Syarikat, Amni Musfirah Abdul Rashid, tidak pernah berasa semangat patriotisme sebelum beliau melanjutkan pengajian beribu batu jauh dari tanah airnya, Singapura.

Sebagai satu-satunya pelajar Melayu/Islam di Berklee ketika itu, beliau terpaksa menjadi ‘duta’ Singapura dengan tidak sengaja kerana harus menjelaskan di mana letaknya Singapura di peta dunia.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), Amni berkata pengalaman itu membuat beliau bersyukur dan bangga dapat mewakili Singapura di rantau orang.

Identiti beliau sebagai anak watan kian berkembang dengan peluang mempersembahkan tiga lagu semasa segmen pertunjukan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.

Antara lain, Amni, 30 tahun, akan membawakan lagu bertajuk Anggerik Singapura hasil gubahan Allahyarham Zubir Said dan Hold Up The Sky yang ditulis oleh Kaylene Tan dan digubah oleh Bang Wenfu.

Beliau berkongsi bahawa lagu pertama itu adalah doa dan visi Allahyarham Pak Zubir untuk Singapura pada masa akan datang, yang telah direalisasi kini, seperti mana yang dapat dilihat dari seni kata lagu kedua.

“Jika kita lihat seni kata Allahyarham Pak Zubir untuk lagu Anggerik Singapura, kita dapat lihat dan baca bahawa beliau sebenarnya sedang mendoakan Singapura pada zaman itu.

“Jadi, nak katakan mungkin jalan cerita persembahan ini bermula dari tahun ‘90-an yang mana kita ada seorang komposer yang mempunyai visi untuk Singapura dan beliau yakin Singapura ini akan menjadi satu negara yang masyhur dan progresif.

“Kini dengan adanya lagu seperti Hold Up The Sky, kita akan lihat pada 2024 bagaimana kita telah maju, dan merupakan satu negara yang selamat.

“Amni rasa macam doa itu telah makbul sekarang dan kita dapat mengambil iktibar untuk generasi selanjutnya,” kata beliau.

Peluang mengambil bahagian dalam pertunjukan NDP 2024 adalah sesuatu yang diimpikan oleh Amni setelah beliau melihat Taufik Batisah dan Rui En menyanyikan lagu Reach Out For The Skies pada 2005 sebagai pelajar darjah lima.

“Seperti pelajar-pelajar dari kohort yang sama, kami belajar koreografi tarian lagu Taufik dan Rui En dan sampai sekarang saya masih ingat.

“Saya amat berterima kasih kerana mendapatkan peluang ini pada 2024 dan alhamdulillah persiapan setakat ini telah berjalan dengan lancar,” ujar Amni.

Lagu ‘Anggerik Singapura’ dari kaca mata komposer

Jika kita lihat seni kata Allahyarham Pak Zubir untuk lagu Anggerik Singapura, kita dapat lihat dan baca bahawa beliau sebenarnya sedang mendoakan Singapura pada zaman itu... seorang komposer yang mempunyai visi untuk Singapura dan beliau yakin Singapura ini akan menjadi satu negara yang masyhur dan progresif.
Amni Musfirah Abdul Rashid, bakal menyanyikan tiga lagu di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg