Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rahat menopaus kini ditawar untuk pelancong kesihatan

Sep 20, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Dengan semakin ramai wanita melalui peringkat usia yang menyaksikan perubahan hormon iaitu fasa menopaus atau putus haid, industri pelancongan kini menggiatkan usaha memenuhi keperluan baharu yang berkaitan dengan kesejahteraan wanita.


Menurut laporan, menjelang 2025, kira-kira 1.1 bilion wanita di seluruh dunia akan mengalami putus haid.

Ini membuka ruang kepada pihak yang dapat menawarkan khidmat atau wadah yang dapat menangani fasa perubahan tersebut.

Antaranya termasuk isu hangat memerah atau ‘hot flushes’. Rasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.

Terdapat juga kaedah yang boleh membantu dalam menangani perubahan mood. Ia mungkin boleh ditenangkan dengan rawatan spa.


Ada juga yang menyediakan kaunseling bagi mengawal teknik kesedaran. Ada yang memberi bimbingan menerusi lawatan ke pusat perubatan menggunakan herba, selain bimbingan pemakanan dan senaman.

Bahkan kegiatan yang dianggap sama penting ialah aktiviti untuk wanita menjalin komunikasi dengan wanita lain yang menghadapi masalah serupa, kata pakar.

“Terdapat penyembuhan dan penemuan yang hebat apabila sekumpulan individu mengalami keadaan yang sama,” kata Cik Melissa Biggs Bradley, pengasas dan ketua eksekutif Indagare, sebuah syarikat pelancongan berasaskan keahlian.

Baru-baru ini, syarikat itu mengumumkan rahat atau retreat bagi mereka dalam pertengahan umur dan wanita yang mengalami putus haid.

Di Hotel & Spa Six Senses di Lembah Douro di Portugal, contohnya, penginapan selama tiga hari (bilik bermula dari 850 euro atau $1,240) menawarkan suasana untuk menangani peluh malam, migrain, sakit sendi dan perubahan mood.

Meeka turut diberikan pemahaman lebih mendalam tentang naik turun hormon wanita.

Selepas pemeriksaan kesihatan, pelawat akan diberi agenda yang disesuaikan untuk mengimbangi penuaan dan perubahan badan.

Proses itu termasuk latihan memantapkan sendi tubuh badan bergantung kepada keperluan masing-masing.

Antara yang disertakan termasuk mencangkung, lunges, imbangan badan dan ketahanan tekanan – yang dianggap berkesan bagi memulihkan sakit sendi dan membina tulang.


Untuk rawatan kulit kering, peserta diberikan rawatan muka yang meningkatkan kolagen dengan serum dan maskar untuk penghidratan.

Pengeluaran kolagen berkurangan dengan kehilangan estrogen yang mengiringi putus haid.

Dr Lauren Streicher, profesor klinikal obstetrik dan ginekologi di Northwestern University, di Illinois, Amerika Syarikat yang juga hos Podcast Menopaus, bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati dengan dakwaan bahawa rawatan spa akan mengurangkan gejala putus haid.

Beliau mengingatkan kaum wanita supaya berhati-hati dengan dakwaan keberkesanan perubatan yang dibuat oleh spa.

“Tidak mengapa jika anda ingin bercakap dengan wanita menopaus lain, berkongsi maklumat dan mendapatkan sokongan,” katanya. “Masalahnya ialah apabila maklumat dibentangkan seolah-olah ia saintifik.”

Jika anda mendapatkan nasihat perubatan tentang gejala anda – yang ditawarkan oleh beberapa destinasi – Dr Streicher menasihatkan agar peserta mengetahui perkara yang ingin ditangani secara khusus.

Beliau mengesyorkan agar mereka berunding dengan doktor bertauliah untuk mendapatkan kaedah rawatan dengan penyembuhan jangka panjang, seperti terapi penggantian hormon. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >