Pelbagai acara termasuk pameran, bengkel dan pementasan bakal diadakan di Rumah Terbuka Galeri Warisan Geylang Serai pada 30 Ogos and 31 Ogos.
Rumah terbuka galeri warisan Geylang Serai itu diadakan dengan kerjasama Wisma Geylang Serai (WGS), bagi menyokong usaha Jalur Budaya Geylang Serai.
Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel yang menampilkan warisan makanan Melayu yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
Harga pendaftaran bagi bengkel bermula daripada $10.
Tarikh: 30 Ogos dan 31 Ogos
Masa: 11 pagi hingga 4 petang
Tempat: Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Turn, #01-05, Singapura 408528
Masuk percuma. Dapatkan tiket bengkel dan maklumat lanjut di pautan, bh.sg/GaleriGeylangSerai
Raikan hari yang penuh budaya dan warna seiring pelancaran Bulan Bahasa di Wisma Geylang Serai (WGS) dengan acara, Warna Warisan Kita.
Saksikan persembahan tradisional, tunjuk cara memasak, bengkel kraf tangan dan pameran interaktif yang disediakan serta dapatkan cenderahati WGS eksklusif di setiap reruai.
Kumpulkan pasport acara anda, sertai kegiatan, dan dapatkan teh tarik, kacang putih dan penanda buku, Warna Warisan Kita, edisi terhad.
Tarikh: Sabtu, 30 Ogos
Masa: 12 petang hingga 6 malam
Tempat: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai
Bayaran: Masuk percuma
Dapatkan maklumat lanjut di pautan, bh.sg/WarnaWarisanKita
Pasar malam di Orchard Road kembali lagi menampilkan jenama kreatif daripada perniagaan tempatan dan antarabangsa.
Tarikh: Setiap hujung minggu terakhir setiap bulan, Jumaat, Sabtu dan Ahad, dengan acara seterusnya pada 29 hingga 31 Ogos.
Tarikh seterusnya ialah 26 hingga 28 September; 24 hingga 26 Oktober; dan 28 hingga 30 November.
Masa: 3 petang hingga 10 malam
Tempat: Orchard Road, laluan pejalan kaki di depan ION Orchard, Wisma Atria and Ngee Ann City
Dapatkan maklumat lanjut di bh.sg/nao
Saksikan kisah menarik dua adik-beradik, Raden Gunung Sari dan Raden Asmara Agung, merentasi Nusantara demi mencari adik perempuan mereka yang hilang.
Ikuti tukang cerita, Encik Hafiz Rashid, dan penari, Encik Md Al-Hafiz Hosni, yang bakal membawa pementasan tarian Tari Topeng (sebuah bentuk tarian tradisional yang menggunakan topeng).
Ketahui fakta menyeronokkan tentang topeng tradisional dan pengunjung boleh mencuba sendiri gerakan tarian serta nikmati lawatan istimewa ke Pusat Etnobotani di Kebun Bunga Singapura.
Tarikh: 10 September
Masa: 11 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Etnobotani, Kebun Bunga Singapura
Harga: $16 bagi pasangan ibu/bapa dan anak, $8 setiap anak tambahan
Sesuai untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.
Dapatkan tiket dan maklumat lanjut melalui pautan, bh.sg/MaskedDancer
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg