Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raikan warisan Peranakan di Sentosa, nikmati deklamasi puisi di WGS

May 22, 2025 | 11:53 AM
A Peranakan Journey Awakened Through the Senses, Peranakan, Sentosa
Pameran mangkuk tingkat gergasi ini merupakan antara daya tarikan di acara, ‘A Peranakan Journey Awakened Through the Senses’, di Sentosa untuk meraikan warisan Peranakan. - Foto SENTOSA

Pameran ‘A Peranakan Journey Awakened Through the Senses’ di Sentosa

Pelajari budaya Peranakan melalui pameran interaktif, bengkel batik dan persembahan seni yang diadakan di beberapa lokasi menarik sekitar Sentosa. 

Rumah Peranakan yang dihiasi pertunjukan cahaya malam dan kabin kereta kabel berinspirasikan rumah kedai tradisional turut melengkapkan pengalaman istimewa ini. 

Di samping itu, nikmati pameran artifak, aroma masakan tradisional, muzik dan fesyen yang menghidupkan kembali warisan yang meriah dengan kepelbagaian budaya dan sejarah. 

Lengkap dengan pameran kebaya serta pemasangan mangkuk tingkat gergasi di stesen kereta kabel, acara ini meraikan warisan sambil mengajak pengunjung rasai sendiri keunikan budaya sempena ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-60 atau SG60.

Tarikh: 23 Mei hingga 31 Ogos 2025

Masa: Sepanjang hari (waktu operasi tertentu bagi beberapa pameran)

Tempat: Sentosa dan lokasi berkaitan

• Kunjungi www.sentosa.com.sg/en/campaigns/peranakan/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

‘Acara Sayembara’ di Wisma Geylang Serai (WGS)

‘Acara Sayembara’ di Wisma Geylang Serai (WGS) menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang yang beradu bakat dalam pertandingan puisi dan sajak spontan di pentas Persada Budaya.
‘Acara Sayembara’ di Wisma Geylang Serai (WGS) menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang yang beradu bakat dalam pertandingan puisi dan sajak spontan di pentas Persada Budaya. - Foto INSTAGRAM NUSBISIKANPENA

Program ‘Sayembara’ anjuran Bisikan Pena kembali dengan edisi terkini yang menjanjikan persembahan puisi penuh semangat dan kreativiti.

Dianjurkan bersama Wisma Geylang Serai (WGS) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS), acara ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang untuk bersaing dalam pertandingan puisi serta segmen sajak spontan.

Acara akan berlangsung di Persada Budaya dan terbuka kepada orang ramai yang ingin menyaksikan keindahan seni kata dan ekspresi sastera.

Tarikh: 24 Mei 2025

Masa: 1 tengah hari hingga 5.30 petang

Tempat: Persada Budaya di Aras 1, WGS

• Percuma untuk semua

Pameran ‘Into the Hawkerverse’ di Muzium Kanak-kanak Singapura

Pameran interaktif, ‘Into the Hawkerverse’ ialah, di Muzium Kanak-Kanak Singapura memperkenalkan budaya penjaja kepada si kecil melalui kegiatan pembelajaran menyeronokkan.
Pameran interaktif, ‘Into the Hawkerverse’ ialah, di Muzium Kanak-Kanak Singapura memperkenalkan budaya penjaja kepada si kecil melalui kegiatan pembelajaran menyeronokkan. - Foto MUZIUM KANAK-KANAK SINGAPURA

Bawalah si kecil menelusuri warisan budaya makanan tempatan di pameran khas, Into the Hawkerverse, di Muzium Kanak-Kanak Singapura.

Pameran ini memperkenalkan budaya penjaja kepada kanak-kanak menerusi pengalaman pembelajaran berasaskan kegiatan, permainan dan objek menarik. 

Mereka akan dibawa mengembara ke masa silam, rasai cabaran sebagai penjaja masa kini, serta membayangkan masa depan dunia penjaja yang moden dan inovatif.

Kanak-kanak berusia di bawah empat tahun juga tidak dilupakan.

Ruang kegiatan khas, Play Pot, menanti mereka dengan permainan masak-masak, berenang di ‘kolam mi goreng’ dan sesi pembelajaran interaktif tentang pemakanan sihat.

Tarikh: Kini hingga 2026

Masa: Ikut waktu operasi muzium

Tempat: 23-B Coleman Street, Muzium Kanak-Kanak Singapura

• Nota: Beberapa galeri mungkin ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan. Layari pautan, https://bh.sg/CMSG untuk maklumat galeri terkini.

Festival Kanak-Kanak 2025: ‘Lilo & Stitch’ di Supertree Grove

‘Children’s Festival 2025: Lilo & Stitch’ di Supertree Grove menawarkan pelbagai kegiatan bertema ‘Lilo & Stitch’ termasuk bengkel kreatif, permainan karnival dan persembahan untuk seisi keluarga.
‘Children’s Festival 2025: Lilo & Stitch’ di Supertree Grove menawarkan pelbagai kegiatan bertema ‘Lilo & Stitch’ termasuk bengkel kreatif, permainan karnival dan persembahan untuk seisi keluarga. - Foto GARDENS BY THE BAY
Kanak-kanak boleh meneroka taman bertema watak ‘Lilo & Stitch’, ‘ohana’, menyertai bengkel kreatif, mencuba permainan karnival, mendapatkan barangan eksklusif Stitch, serta menari riang dalam persembahan hujung minggu. 
Kanak-kanak boleh meneroka taman bertema watak ‘Lilo & Stitch’, ‘ohana’, menyertai bengkel kreatif, mencuba permainan karnival, mendapatkan barangan eksklusif Stitch, serta menari riang dalam persembahan hujung minggu.  - Foto GARDENS BY THE BAY

Supertree Grove bakal berubah wajah menjadi sebuah ‘pulau’ kecil yang penuh warna-warni dan keseronokan sempena Festival Kanak-Kanak 2025. 

Festival itu akan menampilkan pelbagai kegiatan interaktif dan pemasangan bertema ‘Lilo & Stitch’ untuk seisi keluarga. 

Kanak-kanak boleh meneroka taman bertema watak ‘Lilo & Stitch’, ‘ohana’, menyertai bengkel kreatif, mencuba permainan karnival, mendapatkan barangan eksklusif Stitch, serta menari riang dalam persembahan hujung minggu.

Kanak-kanak boleh menjelajah taman bertema watak Lilo & Stitch, ‘ohana’, menyertai bengkel kreatif, menikmati permainan karnival, membeli barangan eksklusif Stitch dan menari dalam persembahan hujung minggu. 

Tarikh: 24 Mei hingga 15 Jun 2025

Masa: 10 pagi hingga 9 malam (pemasangan ditutup pada 7 malam)

Tempat: Supertree Grove, Gardens by the Bay

• Percuma untuk semua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg