Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raikan warisan S’pura, dalami sejarah seni teater

May 1, 2025 | 1:22 PM
Edisi ke-22 Pesta Warisan Singapura (SHF) menampilkan pelbagai bengkel, pameran, pertunjukan seni dan lawatan yang mendekatkan masyarakat dengan seni tradisional, amalan sosial dan makanan warisan. 
Edisi ke-22 Pesta Warisan Singapura (SHF) menampilkan pelbagai bengkel, pameran, pertunjukan seni dan lawatan yang mendekatkan masyarakat dengan seni tradisional, amalan sosial dan makanan warisan.  - Foto SHF

Pesta Warisan Singapura

Sempena SG60, Pesta Warisan Singapura (SHF) 2025 kembali dari 1 hingga 25 Mei dengan lebih 100 program di seluruh Singapura bagi meraikan Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH), yang merangkumi amalan, tradisi dan ekspresi budaya yang diwariskan dari generasi ke generasi.

Edisi ke-22 ini menampilkan pelbagai bengkel, pameran, pertunjukan seni dan lawatan yang mendekatkan masyarakat dengan seni tradisional, amalan sosial dan makanan warisan.

SHF 2025 menawarkan pengalaman budaya yang pelbagai dan inklusif, dengan banyak program percuma dan mesra keluarga untuk semua lapisan masyarakat.

Antaranya persembahan unik Out of the Red Box, yang menggabungkan ‘getai’ dan opera Teochew, serta pameran HOMEGROUND Village di Gardens by the Bay, yang menampilkan pengalaman interaktif, bengkel dan persembahan seni warisan.

Tarikh: 1 hingga 25 Mei 2025

Kunjungi https://www.sgheritagefest.gov.sg/programmes untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program.

Komik, permainan di pustaka

‘Pop-up’ perpustakaan baru, Comics and Games Library, di Punggol East Mall ini menampilkan lebih 7,000 bahan bacaan bertema komik dan permainan serta mainan papan tempatan yang menyeronokkan, dengan ruang bacaan selesa dan kemudahan interaktif.
‘Pop-up’ perpustakaan baru, Comics and Games Library, di Punggol East Mall ini menampilkan lebih 7,000 bahan bacaan bertema komik dan permainan serta mainan papan tempatan yang menyeronokkan, dengan ruang bacaan selesa dan kemudahan interaktif. - Foto ST
Pengasas bersama Origame, pereka permainan papan tempatan, Dr Daryl Chow, bermain bersama pasangan kembar berusia enam tahun, Ellery (kiri) dan Averyl Ng, di ruang Comics and Games Library pada 30 April lalu.
Pengasas bersama Origame, pereka permainan papan tempatan, Dr Daryl Chow, bermain bersama pasangan kembar berusia enam tahun, Ellery (kiri) dan Averyl Ng, di ruang Comics and Games Library pada 30 April lalu. - Foto ST

Peminat komik dan mainan berpapan (board games) kini boleh mengunjungi ‘pop-up’ perpustakaan baru di Punggol Coast Mall.

Inisiatif Perpustakaan Negara Singapura (NLB) ini mengetengahkan lebih 7,000 bahan bacaan bertema komik dan permainan, termasuk novel grafik dan buku bukan fiksyen mengenai sejarah serta reka bentuk permainan.

Turut tersedia ialah mainan berpapan tempatan seperti Kopi King, Durian Dash dan Huat’s Up?, yang direka untuk menyerlahkan budaya Singapura secara santai dan menyeronokkan.

Ruang ini dilengkapi tempat duduk selesa untuk membaca, skrin interaktif untuk akses eBuku dan ruang bermain mainan papan.

Pengunjung boleh masuk dengan mengimbas kad pengenalan atau menggunakan pas harian QR, serta meminjam bahan menggunakan aplikasi mudah alih NLB.

Tarikh: Kini hingga April 2026

Masa: Setiap hari (mengikut waktu operasi Punggol East Mall)

Tempat: Atrium, Punggol Coast Mall

Siri Syarahan Awam

Barisan ahli panel Siri Syarahan Awam kali ini menampilkan pendidik, penulis dan penterjemah Annaliza Bakri (kiri) dan penulis skrip karya pentas dan televisyen tempatan, Rafeyah Abdul Rahman (tengah).  Moderator perbincangan ialah Pengurus Program di Taman Warisan Melayu, Cik Liyana Nasyita (kanan).
Barisan ahli panel Siri Syarahan Awam kali ini menampilkan pendidik, penulis dan penterjemah Annaliza Bakri (kiri) dan penulis skrip karya pentas dan televisyen tempatan, Rafeyah Abdul Rahman (tengah). Moderator perbincangan ialah Pengurus Program di Taman Warisan Melayu, Cik Liyana Nasyita (kanan). - Foto TWM

Dalam siri syarahan awam anjuran Taman Warisan Melayu (TWM) sempena pementasan Salina oleh Teater KAMi, bagaimana pergolakan pasca-Perang Dunia Kedua telah membentuk seni teater dan kesusasteraan Melayu di Malaya akan dikupas.

Perbincangan dalam bahasa Inggeris ini menggunakan novel Salina karya A. Samad Said sebagai rujukan utama dan menampilkan anggota panel yang terdiri daripada pendidik dan penterjemah yang pakar dalam ideologi dan kesusasteraan Melayu, Annaliza Bakri, serta penulis dan ‘dramaturg’ (penasihat naskhah) yang terkenal dengan karyanya yang menggambarkan realiti sosial dan budaya Melayu, Rafeyah Abdul Rahman.

Sesi ini terbuka kepada umum dan sesuai bagi mereka yang berminat dalam seni, sejarah, dan identiti Melayu.

Tarikh: 3 Mei 2025

Masa: 11 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat: Black Room, Esplanade

Daftar secara percuma di sini.

Gerak-Gerak Geylang

Gerak-Gerak Geylang mengajak anda kekal aktif setiap hujung minggu menerusi sesi ‘EasiRobics’ bersama jurulatih Wan pada Sabtu dan Zumba bertenaga bersama jurulatih Liz pada Ahad, dari 4 Mei hingga 25 Julai di Wisma Geylang Serai.
Gerak-Gerak Geylang mengajak anda kekal aktif setiap hujung minggu menerusi sesi ‘EasiRobics’ bersama jurulatih Wan pada Sabtu dan Zumba bertenaga bersama jurulatih Liz pada Ahad, dari 4 Mei hingga 25 Julai di Wisma Geylang Serai. - Foto INSTAGRAM WGEYLANGSERAI

Mahu kekal aktif dan sihat?

Gerak-Gerak Geylang mengajak anda menyertai dua sesi kecergasan yang menyeronokkan setiap minggu.

Pada Sabtu, ikuti sesi EasiRobics bersama jurulatih Wan untuk senaman mudah dan menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat kecergasan.

Pada Ahad, mulakan hari anda dengan senaman Zumba bersama jurulatih Liz yang penuh semangat.

Tarikh: 4 Mei hingga 25 Julai 2025

Masa: Setiap Sabtu dan Ahad, 9 pagi hingga 10 pagi

Tempat: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai

Masuk percuma

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg