Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ramai kian seronok bak buru ‘harta karun’ dunia fesyen

Jul 8, 2025 | 5:30 AM
Jalan Jalan Japan, thrifting
Berbeza daripada kedai barangan terpakai lain, rangkaian kedai Jalan Jalan Japan (JJJ) mengimport sepenuhnya barangan terpakai dari Jepun, mencipta pengalaman membeli barangan terpakai atau ‘thrifting’ yang lebih asli dan menarik. - Foto BH oleh NUR ‘AQILAH SYIFA’

Mereka yang gemar membeli-belah barangan terpakai atau ‘thrifting’ mungkin biasa melihat video di TikTok, yang menunjukkan pembeli dengan troli penuh pakaian vintaj, aksesori unik dengan harga serendah RM5 ($1.50) dan penemuan yang mengejutkan ramai.

View post on TikTok

Fenomena itu menarik minat ramai yang mencari fesyen alternatif berbaloi tanpa perlu berbelanja besar.

Sejak penubuhannya di Malaysia pada 2016, Jalan Jalan Japan (JJJ) membentuk identitinya sebagai rangkaian kedai barangan terpakai yang berbeza daripada yang lain. 

Tidak seperti kebanyakan kedai ‘thrift’ di Singapura yang menerima sumbangan atau pembelian barangan daripada pelanggan tempatan, JJJ mengimport kesemua bekalannya secara eksklusif dari Jepun.

Setiap barangan dihantar secara berkala menerusi penghantaran mingguan ke Pelabuhan Klang, sebelum diproses dan diagihkan ke lapan cawangannya di seluruh Malaysia. 

Hasilnya ialah sebuah koleksi yang benar-benar mencerminkan budaya dan cita rasa Jepun – satu tarikan utama bagi pencinta fesyen unik.

Apa yang menambah lagi daya tarikannya ialah penambahan bekalan barangan yang dilakukan secara tekal. 

Barangan ditambah bukan sahaja setiap hari, malah hampir setiap jam. 

Ini menjadikan rak sentiasa terisi dengan pilihan yang pelbagai. 

Malah, barangan selalunya tidak bertahan lebih dari seminggu di rak kerana permintaan yang tinggi.

Setiap kunjungan ke JJJ ibarat sebuah ‘perburuan’ harta karun yang baru, dengan kepelbagaian barangan dan variasi yang sentiasa berubah, memberikan peluang untuk menemui sesuatu yang unik.

Semua itu menjadikan pengalaman membeli-belah di sini sangat berbaloi dan tidak pernah membosankan.

Daya tarikan JJJ amat selari dengan realiti ‘thrifting’ di Singapura kini.

Walaupun budaya membeli barangan terpakai semakin popular, ramai mula menyuarakan kekecewaan terhadap harga yang semakin meningkat di kedai vintaj tempatan. 

Apa yang dahulunya dianggap alternatif bajet kini menampilkan harga yang hampir menyamai jenama fast fashion seperti Zara atau Uniqlo. 

Tambahan pula, banyak kedai thrift yang dikomersialkan menjual semula barangan daripada wadah dalam talian seperti Taobao atau Shein dengan harga tokokan yang begitu ketara. 

Fenomena itu turut mendapat perhatian di media sosial, khususnya di TikTok. 

Ramai pengguna dari Singapura berkongsi kekecewaan mereka terhadap budaya thrifting tempatan yang semakin dikomersialkan, dengan harga barangan terpakai yang dilihat terlalu tinggi dan tidak lagi mencerminkan konsep asal thrifting yang sepatutnya mesra bajet untuk berjimat cermat. 

Ramai pengguna di TikTok, khususnya dari Singapura, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap budaya thrifting tempatan yang kian berubah arah. 

Ada yang membandingkan harga baju terpakai dengan label fast fashion, sementara yang lain berasa hairan apabila aksesori murah daripada wadah seperti Shopee dijual semula dengan harga berlipat kali ganda di kedai thrift

View post on TikTok

Sentimen itu mencetuskan persoalan lebih besar: Adakah pengalaman thrifting di Singapura masih lagi tulen dan berbaloi atau sudah menjadi sekadar trend komersial yang jauh menyimpang daripada tujuan asalnya?

Dalam konteks itu, JJJ tampil sebagai satu alternatif yang dianggap lebih unik dan tulen. 

Dengan semua barangan dihantar terus dari Jepun, pelanggan berpeluang mendapatkan fesyen yang benar-benar unik tanpa terperangkap dalam label besar atau harga yang melambung. 

Ketiadaan pengurusan yang berlebihan membolehkan pembeli bebas meneroka, mencuba dan menentukan gaya mereka sendiri.

Setiap lawatan menjadi seperti satu misi pencarian peribadi, penuh keterujaan dan potensi penemuan mengejutkan.

Maka tidak hairanlah JJJ sering dilihat sebagai salah satu destinasi thrifting paling autentik di rantau ini. 

Harganya yang mampu milik, pilihan yang luas dan semangat ‘perburuan harta karun’ yang dikekalkan menjadikannya lain daripada yang lain. 

Dalam dunia fesyen yang semakin pantas dan dikomersialkan, JJJ mengembalikan semula nilai thrifting yang sebenar iaitu keseronokan mencari, kejutan dalam penemuan dan kepuasan memiliki sesuatu yang benar-benar istimewa.

Dengan kesedaran yang meningkat dalam kalangan Gen Z Singapura terhadap kepentingan kelestarian dan gaya hidup lebih mampan, tidak mustahil JJJ dan kedai seumpamanya akan terus berkembang sebagai sebahagian daripada landskap fesyen masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg