BUAL ANAK DAGANG
Ramai penyanyi selesa bekerja dengan ALIF
Penggubah lagu, 'rapper' disifatkan sebagai pencipta trend muzik Melayu baru yang berani pecahkan tembok stereotaip irama Nusantara
Mar 02, 2020 | 05:30 AM
SEBUT sahaja nama penyanyi muda Malaysia yang meningkat naik namanya - baik Ismail Izzani, Elizabeth Tan mahupun Andi Bernadee - semuanya selesa dan suka bekerjasama dengan penerbit, penggubah lagu dan 'rapper' Singapura, Muhammad Alif Abdullah.
Dalam kesempatan saya bertemu mereka di beberapa acara berasingan tahun lalu, Ismail, Lizzy (panggilan manja buat Tan) dan Andi memang tidak henti-henti memuji kecekapan dan ilham emas Alif, 30 tahun, yang sering membuahkan hasil.