Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remy Ishak tidak sangka pertemuan terakhir dengan juruterbang pesawat terhempas

Aug 18, 2023 | 3:06 PM
SEBAK: Remy tidak lupa detik pertemuannya dengan Allahyarham Shahrul Kamal (kiri) di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu. 
SEBAK: Remy tidak lupa detik pertemuannya dengan Allahyarham Shahrul Kamal (kiri) di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu.  - Foto INSTAGRAM REMY ISHAK

Pelakon Remy Ishak berkongsi kesedihan pemergian Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42 tahun, iaitu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Seksyen U16, Shah Alam, pada petang Khamis.

Melalui hantaran Instagram (IG) yang dimuat naik, Remy yang mengenali Allahyarham Shahrul Kamal, memberitahu mereka baru sahaja bertemu di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu.

Remy turut berkongsi beberapa foto pertemuannya dengan Allahyarham Shahrul Kamal yang sempat diabadikan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam,” tulis Remy.

Pelakon filem Sangkar itu turut meluahkan rasa terkejut atas perkhabaran duka pemergian arwah Shahrul Kamal.

Sehubungan itu, Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41 tahun, mendoakan semoga roh Allahyarham Shahrul Kamal ditempatkan di sisi insan beriman.

“Buka WhatsApp dapat berita menyedihkan ini. Saya sangat dukacita dengan berita ini, Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang beriman. Amin ya rabb!” luah Remy.

Allahyarham Shahrul Kamal adalah antara 10 individu yang maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.40 petang pada Khamis.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam. ... Buka WhatsApp dapat berita menyedihkan ini. Saya sangat dukacita dengan berita ini, Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang beriman. Amin ya rabb!” 
Pelakon Remy Ishak.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg