Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Risiko demensia kurang jika makan sajian Mediterranean

Jun 9, 2023 | 4:05 PM
DIET PENYELAMAT: Makanan Mediterranean yang meliputi makanan laut, minyak zaitun, sayur-sayuran dan kacang dikatakan dapat mengurangkan risiko demensia.
DIET PENYELAMAT: Makanan Mediterranean yang meliputi makanan laut, minyak zaitun, sayur-sayuran dan kacang dikatakan dapat mengurangkan risiko demensia. - Foto ISTOCKPHOTO

Diet yang kaya dengan makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan minyak zaitun dipercayai boleh mengurangkan risiko demensia.

Begitulah menurut kajian yang baru dijalankan, lapor laman NBC News.

Satu analisis data yang meninjau lebih 60,000 warga emas menunjukkan bahawa dengan mengikut diet Mediterranean akan dapat mengurangkan kemungkinan seseorang itu dilanda demensia pada kadar 25 peratus.

Ini meskipun seseorang itu mempunyai faktor genetik yang boleh membawa risiko lebih besar buatnya mengalami demensia.

“Kajian ini menunjukkan walaupun seseorang itu mempunyai risiko besar mengalami demensia, dengan mengambil makanan Mediterranean, kemungkinan dia dilanda demensia dapat dikurangkan,” kata pensyarah khasiat kemanusiaan dan penuaan di Universiti Newcastle, Dr Oliver Shannon.

Dalam kalangan mereka yang memilih untuk tidak memakan sajian Mediterranean, sekitar 17 daripada 1,000 individu ini dilanda demensia dalam tempoh sembilan tahun kajian susulan dijalankan.

Ini berbanding mereka yang gemarkan makanan Mediterranean. Sekitar 12 daripada 1,000 individu sahaja menghadapi demensia selepas pertukaran diet seharian.

Golongan yang tidak begitu pelupa juga didapati kurang memakan daging merah atau daging diproses, manisan dan pastri serta tidak begitu mengambil minuman bergas atau manis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg