SPH Logo mobile
Langgan|

Robot interaktif ‘bertugas’ di City Square Mall

Robot interaktif ‘bertugas’ di City Square Mall

Dec 7, 2023 | 5:30 AM

Robot interaktif ‘bertugas’ di City Square Mall

BOLEH AGIH PRODUK: Robot Charlie, sebuah mesin layan diri yang dikuasai kecerdasan buatan (AI), mampu bergerak dan mengagihkan barangan bagi menarik minat pengunjung di City Square Mall.
BOLEH AGIH PRODUK: Robot Charlie, sebuah mesin layan diri yang dikuasai kecerdasan buatan (AI), mampu bergerak dan mengagihkan barangan bagi menarik minat pengunjung di City Square Mall. - Foto CITY SQUARE MALL

Pengunjung ke City Square Mall kini boleh ‘berinteraksi’ dengan sebuah robot layan diri yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Pusat beli-belah itu adalah yang pertama di negara ini yang menggunakan robot interaktif untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah.

Robot itu akan berkhidmat selama tiga bulan sebagai ujian.

Dicipta oleh syarikat Blue Sky Tree, robot itu merupakan salah satu mesin layan diri yang telah disesuaikan untuk memajukan perniagaan.

Dikenali sebagai Robot Charlie, ia merupakan mesin layan diri automatik pertama di Singapura yang mampu bergerak dan mengagihkan barangan bagi menarik minat pembeli.

Selepas membeli produk, pembeli boleh bermain dengan Robot Charlie melalui skrin penderia gerakan.

Jika berjaya dalam permainan, produk akan dikeluarkan dan mulut Robot Charlie akan terbuka untuk memaparkan produk tersebut.

Selain menjadi mesin layan diri, Robot Charlie turut berfungsi sebagai wadah pengiklanan untuk penyewa.

Ia mampu menyapa pembeli berdasarkan skrip yang disediakan dan boleh disesuaikan mengikut keadaan sambil menunjukkan emosi menggunakan ciri-ciri emotif seperti wajah tersenyum.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg