Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rosyam Nor minta maaf

Kontroversi kenyataannya pusat pelacuran perlu di M’sia bagi bendung rogol oleh lelaki warga asing
Jan 10, 2024 | 10:49 AM



KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga usahawan, Datuk Rosyam Nor, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya bahawa pusat pelacuran perlu ada di Malaysia bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing, tampil membuat permohonan maaf pada 9 Januari, lapor BH Online (Malaysia).


Rosyam, yang nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57 tahun, berkata beliau tidak menyangka kenyataannya itu akan menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya dalam satu pos di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Rosyam menyeru orang ramai supaya menonton video penuh yang dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya mengenai kenyataan beliau.


“Tapi, itu sebenarnya untuk program podcast di Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.


“Terima kasih peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Rosyam menerusi podcast, atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.


Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada 9 Januari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malayasia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata cadangan supaya dibenarkan rumah pelacuran beroperasi untuk warga asing bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan jelas bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan Maqasid (matlamat) al-Syariah.

Ia tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak segenap lapisan masyarakat, kata beliau.

Menurut Datuk Dr Mohd Na’im, dalam mencari penyelesaian terhadap kes rogol, kaedah fiqah sewajarnya dijadikan panduan dan kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan polemik atau isu yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau menambah bahawa pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >