Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ryan Gosling kecewa pengarah, pelakon wanita ‘Barbie’ tidak tercalon

Jan 24, 2024 | 07:19 PM



Tugasnya sebagai Ken dalam filem Barbie hanyalah untuk berlegar di pantai dan memperjuangkan wanita dalam hidupnya.

Justeru, Ryan Gosling, 43 tahun, tidak menduga akan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Anugerah Academy pada 10 Mac ini untuk watak Ken dalam filem Barbie.


Bagaimanapun, dalam kegembiraannya menerima pencalonan ketiga bagi Anugerah Academy, beliau agak bersedih dan terkilan kerana rakan sefilem, Margot Robbie dan pengarah Barbie, Greta Gerwig, tidak tersenarai dalam barisan bintang yang dirasakan layak dicalonkan.


Kata Gosling kepada laman Entertainment Weekly:


“Saya amat terharu dan berbesar hati dicalonkan oleh karyawan filem dan rakan seni lain seiringan dengan artis hebat Hollywood dalam tahun yang banyak menjana filem hebat.

“Saya tak duga saya akan rasa bangga hanya dengan menjadi boneka plastik bernama Ken. Tapi Ken tidak wujud tanpa Barbie dan filem Barbie tidak akan ada kalau tidak kerana Greta Gerwig dan Margot Robbie, dua individu yang paling bertanggungjawab dalam menghasilkan filem bersejarah dan diraikan serata dunia.


“Saya dan pelakon lain tidak akan mendapat pengiktirafan ini tanpa bakat, kesungguhan dan idea genius Greta dan Margot. Saya sungguh kecewa mereka tidak dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

“Melawan badai dunia perfileman kerana menampilkan boneka yang kebanyakan masa tiada jiwa dan memakai pakaian yang seksi, mereka berjaya membuat kita ketawa dan remuk redam, memajukan budaya pop dan mencipta sejarah. Kerja seni mereka seharusnya diiktiraf seiringan dengan calon lain yang layak.”

Beliau bagaimanapun bangga dan sangat gembira buat pelakon America Ferrera yang menerima pencalonan Anugerah Academy yang pertama bagi watak pembantu selaku pekerja Mattel bernama Gloria.

Barbie menerima lapan pencalonan termasuk Filem Terbaik dan dua lagu ciptaan asli, I’m Just Ken dan lagu dendangan Billie Eilish, What Was I Made For?


Dalam pada itu, Gosling sebelum ini dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem Half Nelson (2007) dan La La Land (2017).


Ferrera, 39 tahun, pula mengulas:

“Pencalonan saya ibarat satu mimpi tetapi saya turut berdukacita kerana Margot dan Greta tidak tercalon. Kerja seni mereka memang satu fenomena. Mengikut pandangan saya, mereka layak diiktiraf kerana dapat mencipta sejarah dan memecahkan tembok stereotaip untuk satu kerja seni yang indah.

“Mereka ialah sahabat saya dan saya mahu mereka diraikan kerana kehebatan idea mereka. Jadi segalanya tentang pencalonan Oscar kali ini terasa pahit manis buat saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >