Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

S. Atan sedih lihat royalti karya P. Ramlee diabai

May 31, 2023 | 02:00 PM



KUALA LUMPUR: LUAHAN rasa penggubah lagu terkenal asal Singapura, S. Atan, mengenai karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cukup menyentuh hati.


“Kalau P. Ramlee dilahirkan di luar negara, hidupnya sudah kaya-raya,” katanya mengenai seniman agung P. Ramlee yang genap 50 tahun kembali ke rahmatullah pada 29 Mei lalu.

Sebagai anak seni yang dikurniakan bakat luar biasa, S. Atan atau nama sebenarnya, Hashim Saad, 74 tahun, berkata, Allahyarham P. Ramlee meninggalkan banyak karya hebat, bukan sahaja dari segi penciptaan lagu, malah filem.

S. Atan memberitahu akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), P. Ramlee bukan sahaja terkenal sebagai pelakon, malah penyanyi, pengarah, komposer, penulis skrip, penulis lirik dan pelawak.


“Karya seni Allahyarham P. Ramlee malar segar. Lagu ciptaannya masih didengar generasi hari ini. Semua filemnya juga tidak pernah jemu ditonton, walaupun sudah ditayangkan berulang kali.

“Sepatutnya dengan hasil karyanya itu, P. Ramlee dan waris yang ditinggalkan sudah boleh hidup mewah dengan hasil royalti.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Isu berkaitan royaltinya belum selesai hingga hari ini.

“Saya sedih dan sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham P. Ramlee,” katanya lagi.

Pada 29 Mei, genap 50 tahun pemergian Allahyarham P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang dilapor menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans yang membawanya ke hospital.

Beliau sebelum itu didapati tidak sedarkan diri di kediamannya di No 22, Jalan Dedap, Setapak, KL (bangunan yang kini dijadikan Pustaka Peringatan P. Ramlee) pada 4.30 pagi, 29 Mei 1973.

Perginya pada usia 44 tahun, kematian Allahyarham meninggalkan lompong besar dalam dunia seni yang memperlihatkan ketokohan anak seni ini menawan hati peminat melalui lakonan dan muzik tidak ternilai.

Genap lima dekad pemergian P. Ramlee yang disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, bintang legenda itu terus dikenang sebagai insan ‘genius’ baik sebagai pelakon, penyanyi, pengarah, komposer, penulis skrip dan lirik serta pelawak.

Menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh tiada galang ganti, S. Atan mengaku seniman agung itu memberi inspirasi kepadanya untuk menceburkan diri dalam bidang muzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >