Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saiful Apek akui sebagai individu ditahan polis dalam video tular

Apr 30, 2025 | 4:18 PM
Pelawak Saiful Apek, 56 tahun, mengakui dirinya adalah individu ditahan polis dalam video yang tular sejak 29 April.
Pelawak Saiful Apek, 56 tahun, mengakui dirinya adalah individu ditahan polis dalam video yang tular sejak 29 April. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGAM AIDIDITMYWAY

Pelawak Saiful Apek, 56 tahun, mengakui dirinya adalah individu ditahan polis dalam video yang tular sejak 29 April.

“Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

“Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan. Itu sahaja yang boleh dikongsi, tunggu saya berikan penjelasan sepenuhnya nanti,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Kecoh pada 29 April apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu yang menyamai Saiful Apek ditahan oleh dua anggota polis.

Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian tidak dikenal pasti.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2003 itu meluahkan kekesalan apabila perkara sensasi tersebar dalam sekelip mata.

“Kesimpulannya, bila kita buat baik, ramai yang diam. Bila buat silap, ramai berbunyi dan jika tak buat apa-apa, ada pula mula mereka-reka cerita.

“Kalau boleh henti sebarkan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau kesahihan selagi tak dengar daripada mulut tuan badan.

“Tak perlulah nak buat andaian tak kira pihak mana sekalipun.

“Apapun, tunggu saya berikan penjelasan selanjutnya. Jadi, tolonglah jangan sebar berita tidak sahih. Doakan yang terbaik buat saya,” kata Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff.

Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Pelawak berkenaan dipercayai sedang menjalani penjara selama enam bulan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg