Muzium Negara Singapura bakal menyambut ulang tahun ke-139 dengan acara ‘Stories of Everyday’, yang berlangsung dari 10 hingga 18 Oktober.

Sambutan ini meraikan pengalaman dan kisah kehidupan rakyat Singapura daripada pelbagai generasi, sambil mengalu-alukan pengunjung meneroka Galeri Sejarah Singapura yang telah diperbaharui serta kawasan muzium.

Bagi ibu bapa yang mencari kegiatan bermakna untuk dilakukan bersama anak-anak, tiga kegiatan berikut boleh menjadi pilihan untuk mengisi hujung minggu, sambil memperkenalkan si kecil kepada sejarah, kreativiti dan muzik.

Kenali Chen seorang penarik beca

Kanak-kanak boleh menyertai kegiatan ‘Migrant Tales: Rickshaw Puller Meet-and-Greet’ pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober.
Kanak-kanak boleh menyertai kegiatan ‘Migrant Tales: Rickshaw Puller Meet-and-Greet’ pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober. - Foto MUZIUM NEGARA SINGAPURA

Bawa anak-anak mengembara ke masa lalu menerusi kegiatan ‘Migrant Tales: Rickshaw Puller Meet-and-Greet’.

Pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober, dari 11.15 pagi hingga 11.45 pagi, kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas boleh bertemu watak penarik beca bernama Chen.

Chen akan berkongsi kisah tentang perjalanannya ke Singapura, serta pengalamannya membina kehidupan di negara ini pada zaman dahulu.

Kanak-kanak juga berpeluang berbual dengannya dan mengetahui lebih lanjut tentang peranan penarik beca dalam kehidupan masyarakat ketika itu.

Chen akan bergerak di ruang awam di Aras 1 dan 2 muzium.

Setiap interaksi berlangsung selama sekitar lima minit, jadi ibu bapa boleh menganggapnya sebagai pengalaman ringkas yang mudah diselitkan antara kegiatan lain.

Hasilkan ‘Stoney’ kecil

Kegiatan kraf ‘Stoney, A Softie at Heart’ boleh disertai pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober.
Kegiatan kraf ‘Stoney, A Softie at Heart’ boleh disertai pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober. - Foto MUZIUM NEGARA SINGAPURA

Jika anak anda gemar kegiatan seni dan kraf, ‘Stoney, A Softie at Heart’ pasti menarik minat mereka.

Kegiatan kraf ini berlangsung pada 10, 11, 17 dan 18 Oktober, dari 2 petang hingga 5 petang di Gallery Theatre Foyer di tingkat bawah tanah.

Disyorkan untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, kegiatan ini membolehkan mereka menghasilkan patung kecil ‘Stoney’ yang lembut dan comel menggunakan bahas kraf yang dipanggil pipe cleaners.

‘Stoney’ ialah maskot baru Muzium Negara Singapura yang diinspirasikan oleh Batu Bersurat Singapura atau The Singapore Stone, artifak bersejarah yang dipamerkan di muzium.

Nikmati muzik bersama Ann Siang Sounds

Kegiatan ‘Community Jamming with Ann Siang Sounds’ akan diadakan pada 18 Oktober.
Kegiatan ‘Community Jamming with Ann Siang Sounds’ akan diadakan pada 18 Oktober. - Foto NMS

Lengkapkan kunjungan keluarga dengan ‘Community Jamming with Ann Siang Sounds’ pada 18 Oktober, dari 3 petang hingga 6 petang, bersebelahan taman permainan A Whale of a Tale di aras satu.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan keupayaan, sesi muzik terbuka ini membolehkan pengunjung bermain alat muzik sendiri, menggunakan alat muzik yang disediakan atau sekadar duduk menikmati persembahan.

Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah perlu ditemani orang dewasa.

Keluarga juga boleh menikmati aiskrim percuma dari 2 petang hingga 6 petang, selagi stok masih ada.

Dapatkan maklumat lanjut tentang sambutan ‘Stories of Everyday’ di laman web go.gov.sg/nms139celebrations.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti