Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Saya dah biasa diejek gemuk: Penyanyi Francissca Peter

Fran sokong Liza Hanim ‘sekolahkan’ warganet yang ‘body shaming’ beliau.
Sep 29, 2023 | 09:16 AM



KUALA LUMPUR: Sepanjang 43 tahun bergelar anak seni, penyanyi Datuk Francissca Peter, 62 tahun, tidak terkecuali menerima kritikan berkaitan fizikalnya yang diejek gemuk.

Penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu mendedahkan bahawa beliau sering menerima kritikan gemuk sejak awal pembabitannya dalam dunia nyanyian.


Justeru, katanya, apa yang dihadapi oleh penyanyi Liza Hanim, yang menerima kritikan berkaitan fizikalnya, adalah perkara tidak asing bagi penyanyi seperti mereka.

Francissca, yang mesra disapa Fran dan mencipta populariti sejak era 1970-an, berkata beliau bersetuju apabila Liza memilih untuk bersuara kerana setiap orang mempunyai hak berbuat demikian.

“Bukan sahaja Liza, malah ada beberapa artis juga pernah terkena. Mengapa tidak kita wujudkan akta untuk boleh kejar individu yang suka melakukan perkara sedemikian?

“Jujurnya, saya selalu menerima kritikan. Misalnya, ada bertanya mengapa saya gemuk. Ada yang mengata saya gemuk sejak 1985 lagi.

“Kadang-kadang manusia ini terlalu berani mengata di hadapan kita, tetapi itulah realiti sebenar yang berlaku.

“Tetapi, saya tidak sedih sebab dalam hati sentiasa ketawa bila menerima kritikan gemuk. Bagi saya, ia sama sahaja gembira atau tidak, begitu juga anda.

“Anda semestinya tidak gembira bila ada yang mengata perkara yang tidak menggembirakan,” katanya kepada BH Online.


Fran ditemui pada sesi penyerahan boneka istimewa hasil buatan tangan peminat setianya, Wesley Juntan.

Wesley mencipta boneka istimewa dengan persalinan baju kurung moden menyamai busana dipakai ketika Francissca ketika mendendangkan lagu Sekadar Di Pinggiran ketika Anugerah Juara Lagu edisi pertama pada 1986.


Wesley, yang sering menghasilkan patung di bawah koleksi Borneo Doll yang dilengkapi busana tradisional, menjadikan Francissca sebagai idolanya.

Fran menambah bahawa beliau sudah lali dengan kecaman dan hanya tertawa apabila fizikalnya terus menjadi bahan ejekan.

“Itu cara saya kendali kritikan sebab kita tidak boleh ambil perkara ini serius, lebih lagi sekarang zaman ramai yang mudah sensitif, suka menghentam dan sebagainya.

“Jika tak boleh terima, anda boleh lawan dan saya percaya bersuara adalah perkara terbaik boleh lakukan. Jadi, ia adalah satu perkara bagus bila Liza melawan semula,” katanya.

Terdahulu, Liza tampil menyuarakan luahannya selepas sering menjadi mangsa ejekan tubuh, atau ‘body shaming’.

Liza mempersoal motif individu yang melayangkan komen berhubung penampilan selebriti yang dianggap tidak cantik, secara keterlaluan hingga mengaibkan si empunya badan. – BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >