Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Search pilih ‘si manis 17’ sebagai pemain dram

Jul 13, 2023 | 12:29 PM
ANGGOTA MUDA REMAJA: Band legenda Search mengambil keputusan menyerapkan pemain dram muda, Naimi Daimi (dua dari kanan), sebagai anggota tetap kumpulan ini kerana kagum dengan bakat semula jadinya.
ANGGOTA MUDA REMAJA: Band legenda Search mengambil keputusan menyerapkan pemain dram muda, Naimi Daimi (dua dari kanan), sebagai anggota tetap kumpulan ini kerana kagum dengan bakat semula jadinya. - Foto INSTAGRAM NAIMI DAIMI

Kelibat gadis remaja mengiringi persembahan kumpulan Search sebagai pemain dram pada Konsert Nusafest 2023 yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Sabtu lalu mencuri perhatian penonton yang hadir menyaksikan acara festival muzik itu.

Di sebalik keghairahan penonton melihat vokalis Search, Datuk Amy beraksi dengan diiringi ‘gorengan’ gitar daripada Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bes, Nasir Daud, ramai juga yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis berambut keriting yang rancak mengetuk dram hingga mendapat pujian ramai.

Enggan membiarkan persoalan terus bermain dalam fikiran, Amy selepas menyampaikan dua lagu memperkenalkan gadis comel bernama Naimi yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2023.

“Namanya Naimi dan sangat berbakat bermain dram. Pagi, Naimi ke sekolah, manakala sebelah petang akan berlatih bersama kami di studio. Itulah rutinnya hingga hari ini,” kongsi Amy atas pentas sambil disambut dengan sorakan penonton yang mengagumi bakat yang dimiliki gadis itu.

Berkongsi lanjut mengenai pemilik nama lengkap, Naimi Daimi itu, Nasir berkata, gadis berusia 17 tahun itu bakal diserap sebagai pemain dram tetap Search. Naimi adalah pemain dram muda yang sangat berbakat pernah ditemui di Malaysia.

“Beliau akan mengisi tempat pemain dram berstatus tetap pilihan Search, walaupun kami mempunyai seorang lagi pemain dram, Arthur,” kata Nasir kepada Berita Harian (Malaysia).

Menyedari status Naimi yang masih bergelar pelajar, Nasir berkata Search enggan memberi sebarang tekanan kepada gadis itu. Sebaliknya, mereka akan menunggu sehingga Naimi tamat belajar.

“Search menghormati status Naimi yang bakal berdepan peperiksaan besar, tahun ini. Oleh itu, kami tidak mahu Naimi rasa tertekan dengan jadual Search.

“Kami memberi masa kepada Naimi untuk menghabiskan pelajarannya sebelum diserap sebagai pemain dram kekal Search.

“Namun, Naimi akan bersama kami di setiap persembahan untuk menggali pengalaman,” jelas Nasir.

Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg