Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selami budaya, seni dan sejarah S’pura

Oct 15, 2025 | 2:37 PM
Pusat Warisan India, deepavali
Pusat Warisan India membuka pintunya kepada orang ramai bagi menyambut Deepavali bersama dalam satu acara rumah terbuka penuh dengan persembahan budaya. - Foto PUSAT WARISAN INDIA

Rai cahaya Deepavali di Pusat Warisan India

Sambut kemeriahan Deepavali di rumah terbuka Pusat Warisan India dengan kegiatan bertema bunga, persembahan budaya dan bazar meriah.

Kanak-kanak pasti teruja dengan kraf bunga berwarna-warni, manakala ibu bapa boleh menikmati pameran artifak baru dan suasana penuh cahaya.

Selain itu, anda sekeluarga boleh mencuba pakaian tradisional India dan menghiasi tangan dengan lukisan inai yang cantik.

Tarikh: Kini hingga 19 Oktober

Waktu: Sabtu, 10 pagi hingga 8 malam; Ahad, 10 pagi hingga 6 petang

Tempat: Pusat Warisan India

Masuk percuma namun kegiatan tertentu perlu dibayar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/deepavali

Ibu bapa dan kanak-kanak boleh mempelajari asas seni grafiti menerusi bengkel kendalian artis grafiti terkenal, Bony Kreativez, di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai.
Ibu bapa dan kanak-kanak boleh mempelajari asas seni grafiti menerusi bengkel kendalian artis grafiti terkenal, Bony Kreativez, di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai. - Foto WISMA GEYLANG SERAI

Cipta seni grafiti sendiri

Pernah tertanya bagaimana artis grafiti mencipta tulisan dan gaya yang menarik perhatian?

Sertai bengkel bimbingan artis grafiti terkenal, Bony Kreativez, bersama anak anda untuk mempelajari asas seni gaya tulis grafiti dan mencuba sendiri tekniknya.

Bengkel anjuran Wisma Geylang Serai dan Kamal Arts itu adalah percuma dan bahan yang diperlukan akan disediakan.

Tarikh: 19 Oktober

Waktu: 10 pagi hingga 12 tengah hari

Tempat: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/grafiti

Pameran khas sambutan 60 tahun kemerdekaan Singapura (SG60), ‘Museum of U and Me’, di Muzium Negara memberi peluang kepada orang ramai meneroka dan belajar tentang kisah lama Singapura.
Pameran khas sambutan 60 tahun kemerdekaan Singapura (SG60), ‘Museum of U and Me’, di Muzium Negara memberi peluang kepada orang ramai meneroka dan belajar tentang kisah lama Singapura. - Foto LEMBAGA WARISAN NEGARA

Selami sejarah lama di Muzium Negara

Teroka sejarah negara dengan cara menyeronokkan di pameran, Museum of U and Me, di Muzium Negara.

Pameran khas sambutan 60 tahun kemerdekaan Singapura (SG60) itu menghimpunkan barangan harian dan artifak daripada Koleksi Negara, termasuk televisyen Setron buatan Singapura dari era 1970-an, dan plak penumpang pertama syarikat penerbangan, Singapore Airlines.

Bayangkan ia seperti kotak harta karun Singapura. Anda boleh menyentuh, meneroka dan belajar bagaimana kisah negara berkait dengan kehidupan kita hari ini.

Tarikh: Kini hingga 14 Disember

Waktu: 10 pagi hingga 7 malam

Tempat: Muzium Negara

Masuk percuma dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web, https://bh.sg/muzium

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg