Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Selami dunia muzik Yuna yang tenang, penuh inspirasi

Penyanyi genre ‘indie’ kembali dengan konsert solo di Capitol Theatre, Singapura setelah lapan tahun
Oct 20, 2023 | 05:30 AM



Selepas lapan tahun tidak mengadakan konsert di Singapura, penyanyi genre indie kelahiran Malaysia, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, telah kembali menghiburkan peminatnya di negara ini.


Walaupun beliau yang kini menetap di Los Angeles telah membuat persembahan di Pesta Neon Lights di Fort Canning pada 2018, ini merupakan kali pertama sejak 2015 beliau mengadakan konsert solonya di Singapura.  

Persembahan di kota singa ini sempena konsert jelajah Asia Yuna di mana beliau membuat persembahan di Jepun, Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur. 

Bertemankan dua teman saya yang juga peminat tegar Yuna, kami telah menghadiri konsert beliau di Capitol Theatre pada 18 Oktober. Walaupun diadakan pada Rabu malam, panggung itu penuh dengan peminat yang menantikan kehadiran Yuna setelah sekian lama. 







Ini jelas kelihatan apabila penonton bersorak gembira apabila Yuna memulakan persembahannya dengan lagu, Make a Move daripada album Y5 beliau.


Skrin di pentas itu turut memancarkan lampu LED yang dihiasi dengan awan merah jambu yang bergemerlapan seperti menandakan bahawa penonton pasti akan dibuai dengan dendangan lagu-lagu dan alunan irama yang ikonik dengan Yuna.

Kami semua sangat teruja apabila Yuna berkongsi pada awal konsert yang beliau akan menyanyikan lagu-lagu sejak awal kemunculannya pada 2008. Lantas, selama 90 minit, kami dibuai dan dapat menyelami dunia muzik Yuna yang telah berkembang dan bertukar. 

Yuna turut mempersembahkan dua lagu baru, Asing dan Masih Sunyi dari EP (album pendek) bahasa Melayu beliau yang dikeluarkan pada April 2023.


Sejujurnya saya menyukai EP bahasa Melayu tersebut kerana ia mengingatkan saya tentang awal kemunculan Yuna di mana ia tidak mempunyai suntikan elemen muzik yang berbeza dan kedengaran lebih ‘raw’. 

Kami bergerak bersama irama muzik yang seperti mengajak penonton menari bersama semasa Yuna mendendangkan lagu, Black Marquee, Risk It All dan Mountains.


Sorakan ceria kedengaran apabila Yuna mengambil gitar dan mula memainkan lagu pertama yang dikeluarkannya Deeper Conversation. Pastinya penampilan bersama gitar merupakan sesuatu yang sinonim dengan diri Yuna dan terpahat dalam ingatan hingga hari ini.


Yuna menceritakan bahawa beliau mencipta dan merakam lagu itu di bilik tidurnya dan lagu itu juga yang memberinya petanda bahawa beliau ada masa depan untuk membina kerjaya dalam bidang muzik. 







Beliau mendendangkan dua lagu lagi dengan gitarnya iaitu Decorate dan lagu yang diminati ramai, Dan Sebenarnya.


Saya terkesima sewaktu beliau menyanyikan lagu, Dan Sebenarnya, yang turut memenangi tempat kedua bagi Anugerah Juara Lagu ke-24.


Yuna berkongsi bahawa beliau suka berinteraksi dengan penonton semasa membuat persembahan sambil berkongsi cerita-cerita menarik di sebalik setiap lagu yang diciptanya. 

Suasana bertukar apabila lampu-lampu LED dan skrin di pentas dihiasi dengan bintang-bintang berwarna perak dan biru apabila Yuna menyanyikan lagu ‘wajib’ iaitu, Terukir Di Bintang.


Yuna berkongsi bahawa lagu terakhirnya pada malam itu merupakan Crush, lagu duetnya bersama penyanyi R&B dari Amerika Syarikat, Usher. Lagu tersebut sudah meraih 115 juta tontonan di YouTube.


Namun penonton seperti tidak puas dan mahukan lagi. Yuna kembali menyanyi lagu, Forevermore sebagai lagu ‘encore’ dan penutup tirai konsert. Lagu itu antara lagu kegemaran saya kerana ia mempunyai unsur dan inspirasi daripada syair Melayu.


Sejujurnya saya rasa seperti tidak puas kerana lagu yang saya nantikan Gadis Semasa dan Tiada Akhir tidak ada dalam senarai lagu yang dipersembahkan pada malam itu. Namun, terubat rindu saya untuk melihat Yuna membuat persembahan secara langsung buat kali pertama.


Pastinya konsert ini merupakan antara konsert yang tidak dapat saya lupakan untuk jangka masa yang lama. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >