Semangat gigih, budi pekerti Shahfiq dikenang rakan seni
Pengguna Berdaftar
Semangat gigih, budi pekerti Shahfiq dikenang rakan seni
Tutur kata sopan dan hemah juara Anugerah 2017 terpahat di ingatan selepas pemergian mengejut dalam nahas rempuhan lori kontena
Mar 26, 2024 | 5:30 AM
Pemergian sekelip mata juara peraduan adubakat Anugerah 2017, Mohammad Shahfiq Irman, dalam nahas rempuhan lori kontena di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor pada dinihari 23 Mac ditangisi ramai rakan seninya.
Ramai yang menulis di Instagram betapa kemalangan yang meragut nyawa Shahfiq, 27 tahun, membawa pada satu kehilangan besar yang tidak diduga.
Laporan berkaitan
Juara ‘Anugerah 2017’
mangsa nahas motosikal di Johor, bakal bernikah pada DisMar 23, 2024 | 8:59 PM
Nahas dirempuh lori di Johor: Penunggang terselamat kongsi detik kejadianMar 24, 2024 | 6:54 PM

